Showing posts with label -:Nong Andy:-. Show all posts
Showing posts with label -:Nong Andy:-. Show all posts
Tuesday, 13 October 2015
I want you more than you know!
Mahukan kamu..
sangat-sangat!
Tapi juga tidak!
keliru?
ya sungguh!
aku mahukan kamu
terlalu..
Tetapi juga tidak!
tidak..tidak..tidak..
tidak mungkin..
tidak bisa..
tidak boleh
tidak akan..
arghhhh!
apa sebenarnya?!
entah...
Sudah.. sudah.. keluar kamu dari kepala ku!
bodoh.. gila! pergi..
jangan ganggu hidup ku!
*tepuk dahi berkali-kali
Bangun.. bangun!
jangan mimpi lagi!
Tapi benar.. aku mahu kamu
siang malam aku ingat kamu..
Tapi betul..
aku mabuk tentang kamu..
mengarut betul!
*gigit bibir.. ada air mata bergenang
Aku janji aku akan sembuh..
penyakit ni sukar nak sembuh..
demam ni dah makin menjadi-jadi.. tahu!
arghhhh... jangan mengarut lagi.
cepat balik ke bumi. jangan asyik duk atas awangan sana..
Tapi betul...
aku mahukan dia!!
soalnya... dia mahukan aku?
*angguk
Tipu.........
-he said.. I want you more than you know
Tipu......
Tapi aku rela kena tipu kamu...
*nangis
bodoh..dunggu..!!
Janji
Aku baik-baik saja
jangan risau..
semuanya baik-baik saja..
Mimpi tentang kamu..
yang indah dan manis-manis..
buat aku terus kuat melangkah
ke depan.. hidup.. bernafas...
tersenyum.. tertawa..
kerna pahit yang ada di sekitarku..
selalu kalah bila saja aku ingat kamu..
kamu itu api.. yang buat aku selalu hangat..
bila saja hidupku mula dingin membeku..
haru membiru..
Dan hitam suram dalam hatiku..
selalu bercahaya kerna kamu.. tahu!?
Rindu pada kamu..
aku simpan kemas-kemas..
tekan dalam-dalam..
sebab aku sudah janji,
Aku simpan kamu..
dalam hatiku....
kamu juga baik-baik saja kan?
Thursday, 30 April 2015
Ohh Kamu!
Macam buku yang terlalu menarik.
Itu kamu..
bagi aku
aku ketagih
mahu baca lagi
dan lagi
hingga aku puas..
hingga aku senyum puas
Aku mahu jelajahi kisah kamu
Aku mahu terokai diri kamu
sisi manis kamu
sisi pahit kamu
sisi jahat kamu
semuanya aku mahu tahu
Auch!
Kamu adakalanya sukar dijangka
kamu ada masanya 'gigit' tak terduga
sungguh menarik!
Aku semakin tergoda
kamu banyak rahsia
kamu banyak hal yang tersembunyi
yang buat aku rasa seronok mengalinya..
lebih dalam tentang kamu..
lebih lagi... semuanya!
Ah... tanpa sedar aku sudah 'masuk'
terlalu jauh dalam dunia kamu...
tanpa sedar aku terperangkap dalam dunia kamu..
terlalu asyik mahu membaca kamu
terlalu asyik mengejar kamu
Terhanyut dengan rasa ingin tahu..
dan kamu sudah 'tangkap' aku!!
Hei kamu..
tolong lepaskan aku!
Kamu senyum saja..
senyum menang..
ah.. umpan kena akulah yang mangsa!
Terkebil memandang kamu..
dengan harapan kamu akan lepaskan aku
Tapi senyuman kamu itu...
Terkedu!
Kerana baru aku sedari..
makna senyuman kamu itu..
" Kamu milik aku!"
# ada jalan keluar tak?
Saturday, 25 April 2015
Sekurang-kurangnya untuk saat ini!
Detik bahagia ini..
Detik manis ini..
yang ada antara kamu dan aku.
Suatu hari nanti akan jadi memori
Aku sedar itu.
Tapi biar kita nikmati.. bahagia ini.
rasa bahagia ini mungkin hanya sementara
yang terindah hanya sementara..
Aku tidak pernah tahu di hadapan jalan kita
entah bagaimana.. tapi
Senyum kamu...
gelak ketawa kamu..
biar aku nikmati..
Manis bicara kamu..
tutup mata, telan dan percaya
Kerana kamu adalah bahagia bagi aku!
Tak akan lepaskan ..
Apa yang aku miliki dengan kamu..
Semuanya terasa benar.. semuanya begitu nyata.
Semuanya bukan hanya mimpi...
sekurang-kurangnya untuk saat ini!
Aku akan dapatkan kamu.. bersungguh-sungguh.
Mahukan kamu.. menjadi bahagian hidup aku
mahu kamu tahu.. tanpa kamu semuanya tak bermakna.
kerana pada aku.. bahagia itu adalah kamu.
sekurang-kurangnya untuk saat ini!
# yah.. hingga mungkin 'mabuk' ini reda.
Friday, 17 April 2015
Rahsia
Dia pandu kereta perlahan. Sambil fikirannya berkeliaran. Bayangan satu wajah lelaki melekat dalam kepalanya. Terasa dadanya tiba-tiba sesak. Sesak dengan rasa rindu yang terlalu kepada lelaki itu. Dia mengigit bibir. Rasa rindu yang mendesak itu sukar dikemudi. Kesedihan menjalar dalam hatinya.
Sambil memandu dia tiba-tiba teresak. Airmatanya gugur bertalu-talu. Dia tahu jarak dirinya dan lelaki itu teramat jauh. Tapi bukan jarak itu yang membuatnya terasa pilu. Bukan! kalau hanya jarak dia sanggup membeli tiket kapal terbang untuk mendampingi lelaki yang dicintainya itu.
Dia semakin teresak-esak. Rasa pilu semakin mengiris-hiris hatinya. Tidak ada tempatnya untuk melepaskan beban itu. Rasa cinta pada lelaki itu.. Rasa yang terlalu payah untuk ditolak walau pun dia tahu.. kesudahan cinta tidak ke mana.. mulanya dia fikir.. nikmati saja selagi dia rasa bahagia! Dia tidak peduli akan penghujung cerita antara mereka berdua..
Tapi kini hatinya mahukan lebih dari itu.. dia mahukan lelaki itu menjadi miliknya.. sepenuhnya! Sayang sekali dia sering terlupa.. Dia hanyalah kekasih rahsia.
Friday, 13 March 2015
Api
Aku sedar kau elak kan diri dari aku
aku sedar kau cuba jauhkan diri
aku terus yakin kan diri aku..
"Tak apa-apa"
terus beritahu diri sendiri
Aku okay!
Pedih yang menyesak di dada ni bukan apa-apa!!
Ia akan berlalu..
Ia akan pergi..
seharusnya begitu..
Aku habiskan masa membuang 'kamu' dari kepala ku
........
Tapi....
Ohhh... some one come help me!!
Aku mahu menangis semahu-mahunya.
ini menyakitkan..
Ohhh.. some one come help me!!
pinjamkan aku bahu untuk aku merintih..
Sakit ini tidak tertahan..
Tak guna..
Padan muka aku. Main api terbakar 'hati'!
Dan... kenapa aku masih berharap kau akan rindu padaku?
Monday, 19 January 2015
Fell from heaven
“Did it hurt..?”
“Hurt?”Confused. He is very complicated man. Always come with something unpredictable things.
“Did it hurt when you fell from heaven?”
“Fell?”
Blur. Falling from heaven? Why?
“ God kicked you out from heaven cause you too hot for heaven”
Huh?
“Why?”
“ Cause everyone in heaven was having naughty thoughts because of you!”
Smile. Yeah... sweet smile in my face! Ha-ha I can’t help it!
“I think you’re the reason why god kicked me out from heaven!!”
“Did it hurt when you fell from heaven?”
“Fell?”
Blur. Falling from heaven? Why?
“ God kicked you out from heaven cause you too hot for heaven”
Huh?
“Why?”
“ Cause everyone in heaven was having naughty thoughts because of you!”
Smile. Yeah... sweet smile in my face! Ha-ha I can’t help it!
“I think you’re the reason why god kicked me out from heaven!!”
Wednesday, 31 December 2014
Banyak fikir
rupanya aku saja yang banyak fikir..
rupanya kamu baik-baik saja..
aku saja yang fikir bukan-bukan.
dalam kotak kepala aku ni ada macam-macam tentang kamu
kamu..
kamu..
dan kamu..
tapi kamu marah sekejap saja.
esok lusa kamu buat macam tak ada apa
Aku baru nak cakap 'sorry'
tapi kamu sudah maafkan aku..
buat aku malu dengan diri sendiri..
rasa nak menyorok dalam almari..
Makin lama,
aku banyak habiskan masa fikir pasal kamu
aku fikir tentu rasa kekok
kalau nak cakap dengan kamu lepas hal hari tu
tapi tak sangka cuma aku yang rasa kekok macam tu
kamu buat biasa macam tak ada apa?!
fuh.. sebenarnya aku lega.
Aku memang tak faham kamu
Sampai bila pun aku tak akan faham kamu.. mungkin.
Mungkin sebab itu aku banyak fikir pasal kamu??
hurm....
Tuesday, 30 December 2014
Mesej
Perangai macam setan! tiba-tiba saja buat hal. suka hati dia saja nak hentam orang sana sini!!
Bencinya....!!!
" Dia banyak masalah.. tu yang terbawa-bawa dengan semua orang"
Beritahu mike. Aku mendengus. Orang lain pun ada masalah juga!
" Dia kena buang kerja beberapa hari lepas"
Dum! halilitar terpanah. Aku terkedu. Rasa marah dan benci tadi berubah rupa.
"Omg!"
Maaf... maaf..maaf.. aku tak tahu. rasa macam pipi kena penampar pun ada.
Macam duri dalam daging rasa bersalah mengigit-gigit. Perlu tak aku hantar mesej dengan dia? perlu tak aku minta maaf? aku memang cakap kasar dengan dia-yelah! dah dia buat aku naik angin. Tapi apa aku nak cakap? nanti kalau aku cakap aku minta maaf sebab tak tahu angin dia tak baik sebab dah hilang kerja.. nanti dia marah dengan mike pula sebab dah bagitau 'hal dia dipecat' tu. lagipun orang lelaki ni ego sikit. manalah dia nak orang perempuan kesian dengan dia.
Tapi.....
Aku nak cakap yang aku minta maaf sebab aku dah cakap dia macam-macam masa aku naik angin dengan perangai dia tu, aku tak mahu dia benci aku walaupun mungkin dah terlambat - dia memang dah benci pun! yelah.. aku pun benci dia juga masa tu sebelum aku tahu masalah dia. I really wanna fix this!
Tapi...
aku cakap sekarang ke.. atau tunggu angin dia okay sikit? ke.. aku buat tak tahu saja?
Aku tahu rasanya bila masalah sedang menyesak.. rasanya seluruh dunia sedang bencikan aku. Mungkin sekarang ni dia pun rasa macam tu.. hurm..
' tik.. tak..tik..tak...'
Dia tu memang garang orangnya. Tapi tu bukan alasan untuk aku benci dia kan? agaknya apa riaksi dia kalau aku hantar mesej ya?
paling penting apa aku nak cakap dalam mesej aku tu??
eh.. korang. Tolong lah.. bagi pendapat sikit?
Monday, 22 December 2014
Percaya
Jalan ini banyak sungguh simpang siur
aku letih
aku penat
aku tersungkur
luka berdarah
sakitnya kadang buat aku menangis
yang indah-indah itu..
aku nampak dalam cerita tv
atau dalam novel..
atau dalam wayang..
cerita indah itu bukan untuk aku
aku selalu menangis
aku selalu merintih
aku selalu mengeluh
aku...
aku masih di sini
bangun kembali
walau berapa banyak kali aku jatuh..
masih jauh.. tapi aku percaya
di hujung terowong gelap yang panjang
ada cahaya..
dan aku tersenyum bila ingat itu!
"jadi mari... sambut tanganku. jom kita langkah bersama.. kesat airmata dan kita bangun semula"
Saturday, 20 December 2014
Aku Buku dan Kamu
Tiba-tiba terpandang dia. Dia jalan beriringan dengan gadis itu lagi sambil berbual-bual, mereka ketawa.. mereka tergelak.. mereka bergurau senda..
ouch.. sakit!
Bodoh! kenapa dada ini rasa sakit pula?
Aku mengigit bibir. Aku segera berpaling dan berfikir... bagaimana caranya aku 'membuang' rasa sakit yang aneh ini dari dadaku.. ia berulang setiapkali aku melihat dia bersama gadis itu.
" Hai.." tegurnya. Aku terkejut, buku di tangan terjatuh. Dia terpacak di depanku, tunduk dan mengutip buku itu untuk aku. Aku terpegun. Mengkagumi betapa kacaknya dia.
" Eh.. hai... terkejutlah" Balasku. Dia ketawa. Gemersik suara ketawanya begitu indah sampai aku rasa dunia ini aku yang punya. ah.. melebih-lebih betul. Kalau dah angau memang macam tu lah!
" Sibuk baca buku?" soalan bodoh! tapi aku gembira dengan soalan bodohnya itu. Sebenarnya aku rasa, aku lebih bodoh dengan perasaan aku yang berbunga-bunga dengan hanya soalan bodohnya itu.
" ya.. boring duduk baca di rumah.. baca di sini best sikit.. sambil baca boleh cuci mata" sahutku sambil malu-malu memandang ke matanya yang cantik. Aku mahu 'bawa' pulang mata menawan itu ke dalam mimpiku malam ini.
" okaylah.. aku pergi dulu.. selamat membaca!" ujarnya dan berlalu pergi membawa jantungku bersamanya.. cis!
sampai bila aku mahu simpan cinta sebelah tangan ini?
********
Dia lagi dan dengan gadis itu lagi. Dan lagi.. seperti selalu aku berharap.. ya.. berharap dia akan berpisah dengan gadis itu dan buka pintu untuk aku melangkah masuk ke dunianya. erm.. atau dia yang masuk ke dunia ku?
"tidak!"
Aku mengeleng-gelang. Mana mungkin dia yang kacak dan terkenal itu mahu masuk ke dalam dunia aku yang membosankan ini. Dunia ku hanya ada buku dan angan-angan.. dunia ku tertutup dan berlegar-legar di ruang yang sama setiap hari. Tidak ada yang menarik!!
Aku meraup muka dan berfikir betapa bodohnya aku!
********
2 tahun berlalu. Tiba-tiba aku terpandang dia lagi. Setelah sekian lama dia sambung belajar ke tempat lain. Dia berhenti di hadapanku dan tersenyum.
" Hai.." Matanya bersinar dan dia kelihatan gembira melihatku.
" Hai.."
" Kamu tidak banyak berubah..masih terlalu suka dengan buku.. masih 'bercinta' dengan buku.." Dia tergelak dan aku turut ketawa.
" Bercinta dengan buku?" Aku ulang kata-katanya sambil membenamkan rasa pedih. Aku cinta kamu tahu!!
" Aku pernah sukakan kamu tahu.." Kataku dengan berani. Kali ini aku sudah tidak kisah.. aku sudah lama terima hakikat yang dunia aku dan dia tidak boleh bersatu menjadi satu. Kami berbeza dan aku tidak perlu buang masa berangan-angan tentang dia- walaupun hingga kini aku masih hidup dengan angan-angan itu.
" Aku tahu.." Aku terlompong dengan jawapannya.
" Aku boleh baca mata kamu setiap kali melihat aku.. tapi sayang sekali antara aku dengan buku itu.. kamu selalu pilih buku berbanding aku"
Aku tunduk memandang buku di tanganku.
" Aku juga pernah sukakan kamu.." ujarnya buat aku terlompong untuk kali kedua. Aku merenungnya. Melihat tanda-tanda jika dia sedang bergurau
" hah! Bagaimana?"
Dia ketawa.
" Tapi aku rasa aku tak mungkin dapat merampas kamu dari buku-buku itu.. Jadi...."
" Jadi..?"
" Jadi apa kata kamu beritahu aku buku apa yang kamu suka.. beritahu aku kenapa kamu sukakannya.. mungkin aku boleh cuba membaca dan memahaminya.. atau cuba menyukainya.. walaupun aku langsung tidak sukakan buku.."
Dia ketawa. Tapi aku tidak! Aku bingung.
"Maaf.. maafkan aku" Dia berhenti ketawa dan meminta maaf.
" Tidak.. tidak perlu maaf.. kamu tidak perlu menyukai buku-buku ini.. aku tahu kamu tidak suka buku.." Dia terdiam dan merenungku dalam-dalam.
" Yah.. kamu betul. aku memang tidak sukakan buku-buku itu. Aku hanya suka kan kamu.. itu saja!"
hah?!! Dia tentunya bergurau dengan aku.
" Aku bukan bergurau!" seperti membaca fikiranku, dia bersuara memberikan jawapan. Aku terkejut!
" Kamu umpama 'buku' untuk aku.. aku 'baca' semuanya dari riaksi kamu.. aku baca berapa banyak kamu sukakan aku.. berapa banyak kamu cemburu.. berapa banyak kamu cuba membuang 'aku' dari fikiran kamu.. kamu memang 'buku' yang sangat menarik dan aku tidak boleh berhenti 'membaca' kamu...."
Aku pandang dia dengan muka sedikit marah.
" Aku baca buku.. tapi kamu 'baca' orang?"
Dia ketawa. Dia jungkit bahu.
" Kamu paling suka baca buku.. tapi aku paling suka 'baca' kamu.."
Aku tidak mampu menahan senyum. Ah.. kamu!! sebenarnya dia sedang melangkah masuk ke dunia ku? itu hanya kata-kata dalam hatiku.
" Ya.. begitulah!" jawabnya tanpa was-was dan tersenyum lebar.
Monday, 15 December 2014
Somebody to you
Termenung kerana kamu. Ah... ini untuk kali yang entah ke berapa? Aku senyum sendiri. Teringat kata-kata kamu buat aku senyum sendiri.. Aku tak mampu menahan senyuman ini.
Aku benci. Tapi aku mula rindu.
Aku tercari-cari kamu.
Tiba-tiba kamu berhenti menyakiti hatiku. Tiba-tiba kamu jadi 'budak baik' dan berhenti menyakat ku. Aku hairan. Pelik. Itu bukan kamu.
Kamu tidak pernah bersopan santun dengan aku. Kamu suka kalau aku marah. Kamu ketawa berdekah-dekah bila aku meradang kerana kata-katamu. Kamu gembira bila aku kehabisan kata-kata untuk membalas ucapanmu. Kamu memang kejam dan selalu menang. Aku benci itu!!!
Aku rindu kamu... kamu yang 'jahat' itu.
Aku tak mahu ini. Aku tak mahu kamu yang ini... yang tiba-tiba lemah lembut dan berbahasa baik-baik dengan aku. Ada sesuatu yang tak kena dengan kamu. Tahu!
Tapi ya.. kenapa aku kisah?
"hey.. please stop it! bring back the 'old you' "
Aku tahu kamu sedang tersenyum menang! Argghhh
amnesia
'Delete' kamu dari 'RAM' ini. Biar kamu hilang.. biar kamu lenyap. Celaka besar bila aku buka pintu untuk kamu masuk ke dalam hidup aku. Manis yang kamu bawa itu memberi kesan racun yang sampai kini masih membisa menular ke dalam setiap sendi dan tulang temulang ku.
Gagal.. aku gagal untuk kali ini.
Kalah. Aku kalah dengan teruknya!
Ia pahit.. ia perit!
Aku cuba bangun seperti selalu. Ya.. selalunya aku mampu bangun dan melangkah lebih laju.
Sakit sungguh jatuh kali ini.
" I'll be okay.. I'll be Okay"
bisikku dengan bibir bergetar.Mengelap airmata.
Ah.... aku sanggup amnesia agar 'kamu' tidak 'muncul' dan menikam jantungku lagi.
Saturday, 27 September 2014
Tapi Bagaimana..
Tak sengaja tersenyum saat teringat pada kamu,
ah.. kamu memang sangat manis dalam memori aku ya?
Sampai bila kamu mahu duduk di situ?
Sampai bila kamu mahu buat aku angau ingatkan kamu?
Jatuh cinta?
Mungkin..
Pada kamu?
mungkin..
Tapi bagaimana...?
pada kamu, aku hanya kawan..
pada aku kamu juga kawan..
Tapi bagaimana ya?
Dalam hati aku ini selalu berlegar-legar wajah kamu
Di bibir aku ini selalu ingin sebut nama kamu..
Manis-manis hal tentang kamu
mulai rasa pahit..
mulai rasa pedih..
kerna hati aku mula bunyi tidak menentu
kerna dada kian resah bila tidak jumpa kamu...
Rindu?
mungkin..
ah.. pastinya rindu!
Entah bila rindu ini akan habis
Entah bila gelora ini akan reda...
Bagaimana ya?
Tuesday, 23 September 2014
Aku rindu 'dia'
lihat ke dalam cermin
lihat ke mata itu
menatapnya sunguh-sungguh
aku tidak kenali dia lagi
dia sudah berubah..
mungkin dia sudah hilang..
mungkin dia itu sudah pergi..
Jauh dalam hatiku
aku rindu dia..
dia yang selalu berkata-kata puitis
dia yang selalunya romantis
dia yang selalu ada untuk sesiapa saja..
aku mengeluh bila teringat akan dia..
Ingin tarik dia kembali kepermukaan,
andai dia tengelam.. di sana.. di dunia barunya
ingin kejutkan dia.. jika dia sedang bermimpi..
kerana mimpi indahnya itu..
mungkin akan buat dia terluka nantinya..
mungkin..
Ah.. mungkin semuanya harus begitu?
yang terindah hanya sementara..
Ya.. dia suka akan kata-kata itu..
sementara sajakah dia bersikap begitu?
atau saat indah tentang dia yang paling aku gemari itu
hanya sementara?
Dari dalam cermin dia pandang aku
dengan senyuman lembut
dan juga sayu.. aku kesan pandangannya juga berbaur rindu!
" Semuanya terpulang pada kamu, cari dirimu kau akan jumpa aku"
...........................
aku itu dia.. ternyata aku rindu pada 'aku' yang dulu..
Sunday, 1 June 2014
Hujung Jalan
Dulu masa aku jumpa kamu
Aku memang ada rasa dengan kamu
Tapi ...
Aku memang ada rasa dengan kamu
Tapi ...
Langkah aku masih jauh
Jalan aku masih panjang
Aku pasti akan jumpa..
Yang lainnya selain kamu..
Jalan aku masih panjang
Aku pasti akan jumpa..
Yang lainnya selain kamu..
Tapi hampir sampai ke hujung jalan yang panjang..
Aku masih ingat dengan kamu...
Rasa yang itu tidak ada yang sama..
Sepanjang jalan yang aku lalui..
Aku masih ingat dengan kamu...
Rasa yang itu tidak ada yang sama..
Sepanjang jalan yang aku lalui..
Ya.. aku habiskan banyak waktu..
Menyusuri jalan yang panjang..
Mencari yang sebenarnya sudah aku jumpa..
Di langkah awal di hadapan kamu..
Menyusuri jalan yang panjang..
Mencari yang sebenarnya sudah aku jumpa..
Di langkah awal di hadapan kamu..
Aku tinggalkan bunga cantik
Di awal jalan...kerana yakin
Ada banyak lagi bunga cantik di hadapan..
Hingga ke hujung padang.. aku tidak menemui apa-apa..
Kecuali kekesalan..
Di awal jalan...kerana yakin
Ada banyak lagi bunga cantik di hadapan..
Hingga ke hujung padang.. aku tidak menemui apa-apa..
Kecuali kekesalan..
Friday, 9 May 2014
Thursday, 24 April 2014
Dendam
Aku sudah lama menahan sakit hati dan dendam terhadapnya. Sudah bernanah dalam hati aku. Akhirnya sudah tiba masa untuk aku melampiaskan dendam dan sakit hatiku. Ketika suasana sunyi sepi, tanpa sesiapa pun menyedari dia sudah pun terjatuh dalam perangkapku. Menyedari senyuman menyeringaiku yang kelihatan cukup jahat dan mengerunkan, dia terketar-ketar ketakutan.
“aku sudah lama mahu buat begini dengan kau” Kataku sambil menarik rambutnya. Dia meringis kesakitan. Tapi tidak mampu menjerit kerana mulutnya sudah pun ku sumbat dengan kain. Rambutnya ku cabut serumpun-serumpun hingga airmatanya melelah macam tali air. Dia cuba meronta-ronta. Geram! Lalu aku layangkan penamparku ke pipinya bertalu-talu.. pipinya habis lebam aku kerjakan.
“ Oi….”
Tiba-tiba satu suara mengejutkanku. Aku tersentak dan hampir terlompat kerana terkejut. Siapa! Siapa yang sedang menyaksikan aku menyiksa makhluk yang ku benci ini?
“ Kok ye pun cabut bulu ayam tu.. tak payah lah nak tempeleng ayam yang dah kiok tu.. bilanya nak siap!” leter mak yang tiba-tiba menyergah entah dari mana.
Cis… baru nak feeling-feeling balas dendam! Aku tarik muncung panjang dan dengan muka geram mencekik leher ayam yang sudah longlai itu.
“ Eh.. di cekiknya pula ayam yang dah mati” Mak membulatkan biji mata. Aku tersengih kecut perut… kau lah punya pasal ni ayam!!
Sunday, 13 April 2014
Aku, Kau Dan hujan
Bila hujan aku akan ingat kau
Kerna kau pernah kata padaku..
Kau suka melihat tangisan sang awan..
Kau kata tangisan awan itu rahmat dari Nya
Kau kata bunyi hujan atas atap..
Mengasyikan.. kalau tidur lebih terasa enak
Kerna kau pernah kata padaku..
Kau suka melihat tangisan sang awan..
Kau kata tangisan awan itu rahmat dari Nya
Kau kata bunyi hujan atas atap..
Mengasyikan.. kalau tidur lebih terasa enak
Ah.. kau memang ada-ada saja.
Tapi kau tak tahu..
Bila hujan..
Hati aku rasa mahu hujan
Sebab titis tangisan awan dari langit
Gugur - banjir dalam hati aku..
Kerna hujan buat aku ingat..
Tentang kau..
Hati aku rasa mahu hujan
Sebab titis tangisan awan dari langit
Gugur - banjir dalam hati aku..
Kerna hujan buat aku ingat..
Tentang kau..
Dan kau..
Yang 'jelma' dalam hujan
Hambat aku dengan rindu yang
Masih tak padam-padam
Yang 'jelma' dalam hujan
Hambat aku dengan rindu yang
Masih tak padam-padam
Sunday, 23 March 2014
Diam
Aku diam
Bukan tidak lagi sayang kamu
Aku mengelak
Bukan kerana aku benci kamu
Sesungguhnya aku
Masih berharap yang ini tidak berlaku
Sebenarnya aku tak suka diam begini
Masih ingin bercanda denganmu seperti selalu..
Tapi kamu..
Bukan lagi yang ku kenal dulu
Langkah kakimu laju
Mengejar dia yang tak pernah ada
Membuat aku terlalu terluka
Melihat kamu begitu.. argh!
Aku terlalu terluka sebenarnya..
Melihat kamu bukan kamu lagi..
Jadi biar aku terus diam lagi..
Hingga nanti aku kuat kembali..
Menghadapi kamu yang aku kasihi..
Dan merebut lagi dirimu.. yang semula.
“kawanku..”
Subscribe to:
Posts (Atom)
















