Thursday, 30 April 2015
Ohh Kamu!
Macam buku yang terlalu menarik.
Itu kamu..
bagi aku
aku ketagih
mahu baca lagi
dan lagi
hingga aku puas..
hingga aku senyum puas
Aku mahu jelajahi kisah kamu
Aku mahu terokai diri kamu
sisi manis kamu
sisi pahit kamu
sisi jahat kamu
semuanya aku mahu tahu
Auch!
Kamu adakalanya sukar dijangka
kamu ada masanya 'gigit' tak terduga
sungguh menarik!
Aku semakin tergoda
kamu banyak rahsia
kamu banyak hal yang tersembunyi
yang buat aku rasa seronok mengalinya..
lebih dalam tentang kamu..
lebih lagi... semuanya!
Ah... tanpa sedar aku sudah 'masuk'
terlalu jauh dalam dunia kamu...
tanpa sedar aku terperangkap dalam dunia kamu..
terlalu asyik mahu membaca kamu
terlalu asyik mengejar kamu
Terhanyut dengan rasa ingin tahu..
dan kamu sudah 'tangkap' aku!!
Hei kamu..
tolong lepaskan aku!
Kamu senyum saja..
senyum menang..
ah.. umpan kena akulah yang mangsa!
Terkebil memandang kamu..
dengan harapan kamu akan lepaskan aku
Tapi senyuman kamu itu...
Terkedu!
Kerana baru aku sedari..
makna senyuman kamu itu..
" Kamu milik aku!"
# ada jalan keluar tak?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment