Friday 13 December 2013

mati






Aku tak mahu dengar
Apa-apa jua penjelasan mu
Titik.

Tapi sakit yang berdenyut di dadaku ini
Mematikan aku..
Aku mati
Walau masih bernyawa

Aku tak mahu tahu
Apa jua alasanmu..
Noktah.

Tapi bisa yang meracun di dadaku
Membunuh ku..
 Aku sudah tiada
Walau nafasku masih ada

Benci yang kau tanam
Sudah berakar dan menjalar
Namun membenci mu
Amat menyakitkan..

Tuhan tolong aku
Hapus..
Hapus semuanya.
Yang menyakitkan di dada ini..
Yang namanya cinta mahu pun benci.

Kerana aku ingin hidup kembali.

3 comments:

  1. sbb tu namanya cinta itu buta..membutakan mata org telah jatuh cinta..dlm islam digariskan hnya selepas kahwin saja cinta yg hakiki :)

    ReplyDelete
  2. Satu hari. Satu hari dia akan kembali 'hidup' dengan perasaan baru. Dengan menjadi dia yang baru. Satu hari.

    -reen-

    ReplyDelete