Monday, 30 December 2013
celaka
Dia gengam jari jemariku. Gengaman yang hangat menyenangkan. Aku lirik dia sekilas dan sempat menangkap senyuman nipis di bibirnya. Senyuman yang dulunya bukan milikku tapi ternyata telah merubah hidupku. Sesuatu yang aku tidak perlu tetapi aku mahu!!
"Bila kau mahu beritahu dia?"
Aku terkelu mendengar pertanyaannya itu lalu menarik nafas berat dan panjang lalu menghembuskan perlahan-lahan. Sekali lagi aku pandang dia. Kali ini lebih lama. Mata kami bertentangan dan aku mulai resah. Seakan membaca keresahanku, dia mengangguk. Seperti memberitahu yang dia faham dan tidak memaksa, jika aku belum bersedia.
"Satu saat nanti kita akan terpaksa beritahu dia juga" Nadanya lembut. Nada yang selalu buat aku rasa tenang.Selesa. Aku menunduk dan diam. Hanya mampu meramas-ramas lembut tangannya yang hangat dalam gengamanku. Dia balas gengaman tanganku.
"Maaflah.. Kerana terpaksa merasiakan hubungan kita buat masa ini" ujarku kemudian.
"Aku akan tunggu.. Sampai masa kita tidak perlu curi-curi jumpa begini. Asal kau tahu.. Aku akan tunggu kau sampai bila pun.. terlalu letih memendam rasa.. tak apa kita jumpa secara rahsia.. lebih celaka menahan rasa cinta dan berpura-pura..."
Dadaku terasa sesak mendengar ucapannya. Dia kekasih rahsia yang aku jatuh cinta secara tidak sengaja. Kebaikannya, perhatiannya..segala yang dia pernah buat untukku telah buat aku terjerat lalu ter'jatuh'
Ku kira pada mulanya, kerana aku adalah kekasih kawan baiknya. Semua kasih sayangnya itu tumpah kerana persabahatan antara mereka- itu kata akalku. Mana ku duga aku boleh jatuh cinta dengan dia. Kawan baik kekasihku sendiri. Dan paling celaka kerana dia punya 'rasa' yang sama padaku.
Beban ini menyakitkan sebenarnya. Dosa kami pada dia. Kawan baiknya merangkap kekasihku. Entah bagaiman harus beritahu hal ini padanya. Namun setiap kali kami berdua bertentang mata. Kami jadi lupa yang kami hanya kekasih rahsia. Cinta yang bergelora mungkin akan buat kami binasa.
Ah.. Ini memang celaka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Memang celaka. Kejam.
ReplyDeleteselfish, tak patut..
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete