Satu hari, aku singgah di tempat
kegemaran aku, ‘Dunia Buku’. Melangkah masuk ke situ, jujur, buat hati aku
tenang. Senyuman terukir di bibir tatkala aku lihat buku-buku yang tersusun
rapi di rak.
Aku mahu melangkah ke arah satu
rak sebelum tiba-tiba sahaja aku terlanggar susunan buku yang terletak di
tengah-tengah kedai. Itulah, siapa suruh mata tidak pandang ke hadapan, asyik
menghadap skrin telefon.
“Sorry…” aku ucapkan pada
mata-mata yang memandang aku. Terbit rasa malu tapi aku cover dengan mengutip
kembali buku-buku yang berselerak di lantai. Malu seyh! Dan tiba-tiba saja,
datang seorang lelaki membantu aku mengutip buku-buku tersebut. Sesaat
kemudian, pekerja kedai datang membantu kami.
Selesai menyusun buku di tempat
asalnya, aku minta maaf sekali lagi pada pekerja kedai itu. Gadis itu hanya
mengukirkan senyuman tanda tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.
“Next time, kalau awak jalan,
pandang ke depan, mata tu jangan asyik dengan telefon je,” tiba-tiba saja
lelaki yang tolong aku tadi bersuara. Aku pandang dia dengan rasa tak puas hati
tapi dia hanya mengukirkan senyuman sebelum beredar ke mana entah. Aku, dalam
hati ketika itu, mahu saja baling buku yang ada kat tangan aku ke kepala dia. Baru
adil! Tapi aku batalkan sahaja, tak mahu memalukan diri sekali lagi.
Selesai memilih beberapa buah
buku, aku ke kaunter pembayaran. Dan lelaki tadi berada di hadapan aku. Dia
mengukirkan senyuman sebelum aku balas senyuman itu dengan tidak ikhlas. Rasa
bengang tadi masih berbaki. Dan tiba-tiba…
“Biar saya bayarkan untuk awak,”
tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara. Aku pandang dia dengan hairan. Dia ni
betul ke tidak? Minda aku tertanya-tanya.
“Ah… tak apalah. Saya boleh bayar
sendiri,” aku balas.
“Tak apa. Lagipun itu dapat jimat
masa awak bukan?” Dia bersuara. Aku geleng kepala sebagai tanda tidak bersetuju
dengannya, tapi lelaki itu hanya mengukirkan senyuman sebelum dia tiba-tiba
mengambil buku-buku di tangan aku dengan spontan. Aku terkesima dan tak mampu
berkata sepatah. Aneh, hairan, bengang, semua berkepuk dalam diri.
Selesai membuat pembayaran, aku
mengekori dia ke pintu keluar. Risau juga, jika dia tak mahu memulangkan buku
aku. Memanglah dia yang bayar tapi itu buku aku. Heh
“Nah, ini buku awak,” Lelaki itu
menghulurkan plastic yang mengandungi buku-buku aku.
“Terima kasih. Berapa kena bayar?”
Soal aku sambil bersiap sedia mahu mengeluarkan purse dari handbag.
“Tak payahlah. Anggap saja saya
belanja awak.” Aku pandang lelaki depan aku dengan rasa tak percaya. Biar
betul? Harga buku-buku tu lebih dari RM100 kot, takkan sesenang hati nak
belanja aku sebanyak tu.
“Tapi…” Aku sebenarnya tetap mahu
bayar juga tapi belum sempat aku menyudahkan ayat, lelaki itu mencelah.
“Tak apa. Lagipun kita akan jumpa
lagi bukan?” Lelaki itu mengukirkan senyuman sekali lagi sebelum beredar.
Aku hanya perhatikan sahaja
lelaki itu melangkah pergi. Jumpa lagi? Maksudnya? Bagaimana dia tahu aku
selalu ke kedai buku itu? Ah… pendulikan sahaja. Aku pasti bila aku jumpa dia
sekali lagi, aku akan bayar duit untuk buku-buku ini. Aku pasti.
Habis!
Kan best kalau ada org brlanja aku buku mcm tu....
ReplyDeleteAku pun. Harap akan jumpa 1 hari nanti. Ehhhh... :P
Deleteamboi kemain. untunglh ada org belikn buku...
ReplyDelete-bs-
kan kan.. Untung dalam kispen ni je. Kat luar.. geleng kepala. Kih kih kih
Delete~reenapple~