Monday 13 May 2013

Kispen: Buku dan Bunga





Dia tanya aku lagi. “Kenapa awak boleh suka saya?” Aku diam sambil mengukirkan senyuman sahaja pada dia. Dia pandang aku, mungkin mengharapkan aku akan jawab soalannya yang ini.

Saya suka awak macam saya suka buku.” Itu saja jawapan yang aku berikan. Dia pandang aku dengan hairan tapi dia tetap ukirkan senyuman. Aku suka tengok senyuman dia. Mungkin sahaja sebab kedua aku jatuh cinta dengan dia, adalah senyuman dia. Yaaa… aku suka lihat dia tersenyum. Senyuman dia mampu buat hari aku indah. 

Beberapa minggu kemudian, dia hulurkan aku sejambak bunga ros merah. Aku pandang dia dengan hairan. Dia tahu aku tak suka bunga. Jadi, apa tujuan dia berikan bunga pada aku?

Saya suka awak…,” dia bersuara. Aku diam saja. Menanti ayat yang seterusnya keluar dari mulutnya. “… macam saya suka bunga.”

Aku senyum sahaja mendengar ayatnya yang itu. Yaa.. aku tahu. dia suka alam semulajadi. Dia suka tumbuhan. Aku anggukkan kepala dengan senyuman tapi aku masih tidak menyambut huluran jambangan bunga itu. Dia masih menghulurkan itu pada aku, tapi aku gelengkan kepala.

Terimalah bunga ni,” dia merayu. Aku hanya mengukirkan senyuman sambil  menggelengkan kepala. Dia mencebik. Aku tahu dia kecewa. Akhirnya aku capai sekuntum ros dari banyak-banyak kuntum yang ada di jambangan itu. Dia pandang lagi aku dengan hairan.

Saya ambil satu je la.” Aku bersuara.

Kenapa?” dia menyoal. Aku ukirkan senyuman sambil menghulurkan bunga yang aku ambil dari jambangan kepadanya. Dia memandang aku dengan hairan.

Ini untuk awak,” Aku bersuara tanpa menghiraukan pandangan dia. Perlahan-lahan dia ukirkan senyuman sebelum mengambil bunga itu dari tangan aku. Aku senyum.

Dan bunga ni?” Dia bersuara sambil memandang jambangan bunga di tangannya. Aku geleng kepala. Tak mahu terima bunga itu. Dia matikan senyumannya.

Simpan sahaja bunga-bunga ni. Awak mungkin perlukannya satu hari nanti,” Dia bersuara lagi. Aku senyum lagi.

Sebab?” Aku soal dia.

Sebab… bila awak tengok bunga ni, awak akan ingat saya.” Aku senyum sahaja dengan ayatnya. Tapi aku tetap tak mahu terima bunga itu. 

Tak apa. Saya ada buku…” Aku keluarkan buku dari beg aku. Dia pandang aku lagi. “Bila saya baca buku, saya akan ingat awak.” Aku lihat dia senyum. Mungkin memahami apa yang ingin aku sampaikan.

Jadi.. saya akan simpankan bunga ini. Dan bila awak mahu, beritahu saja,” dia bersuara. Aku senyum saja sebab aku tahu, aku tak akan pernah meminta dia berikan aku bunga. Tak akan. Sebab aku tahu, aku suka dia sebagaimana aku suka buku. Dan bunga, bukan minat aku. Cukup sahaja ada buku yang mampu buat aku tersenyum walau bunga itu mungkin lagi kelihatan menawan berbanding buku.

Habis!

p/s--- menamatkan rasa sweet.  Sekian. 



4 comments:

  1. Baca ini... aku terus mahu membeli buku.... ya buku lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun. Tapi buku yg ak mahu tu ada halangan umntuk sampai ke tangan aku. Wuuuu

      Delete
  2. Reen, aku siap nangis2 baca buku yg baru aku beli kemarin.. hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buku apa yang kau baca? Hebat ada buku yang mampu buat kau nangis. Errr

      Delete