Thursday, 30 May 2013

Muncul


Kadang-kadang ada manusia yang muncul dalam hidup kita hanyalah sebagai ujian dariNYA sahaja. Tapi tentunya kewujudan mereka dalam hidup kita tidak kekal. Senyum

Thursday, 23 May 2013

Cekal


Hidup harus diteruskan walau betapa kamu rasa celakanya hidup kamu. DIA lebih mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNYA

Wednesday, 22 May 2013

Cinta...

Suatu ketika bila rasa cinta manusia tutup...
Satu pintu azali sentiasa terbuka...
Tanpa jemu...
Dan...
1....
2....

'Aargghh... rupa-rupanya kasih sayangmu melebihi segala-galanya... dan aku tidak pernah sedar akan rasa itu'

3....
.
.
.

99....

Usai dibaca aku tersenyum...

#ASSALAMUALAIKUM YA RABB...#

Rindu



Aku rindu
Tapi aku diamkan sahaja
Sebab aku tak tahu pada siapa harus aku luahkan rasa rindu itu
Akhirnya aku luahkan pada DIA
Harap DIA sampaikan rindu aku ini pada dia. 

Monday, 20 May 2013

Jaga



 DIA tidak pernah biarkan kita sendirian. Tanpa kita sedar atau tidak, akan ada seseorang menjaga kita dari jauh. Senyum.


Sunday, 19 May 2013

Sihir



Sedar-sedar saja aku sudah berada di hadapan rumahnya. Hujan sedang turun dan aku terpaku memandang rumah itu dalam keadaan yang mulai kuyup. Tiada sesiapa kelihatan dan aku juga berharap tiada sesiapa menyedari kehadiranku.
“ Cinta?” ketusku dengan nada geli tetapi terpaksa mengakui. Aku menelan air liur. Mungkin ini sihir cinta. Aku selalu mendengar tentang perasaan itu. Tapi lelaki macho lagi cool macam aku?
 Aku meludah spontan. Dan menendang batu kelikir yang tidak berdosa di hadapanku. Aku pandang langit. Langit yang menangis itu kelihatan tertawa kepadaku. Mentertawakan aku tentunya!
“Celaka!”
Baru aku tersedar yang aku tidak lagi kalis cinta!

Monday, 13 May 2013

Kispen: Buku dan Bunga





Dia tanya aku lagi. “Kenapa awak boleh suka saya?” Aku diam sambil mengukirkan senyuman sahaja pada dia. Dia pandang aku, mungkin mengharapkan aku akan jawab soalannya yang ini.

Saya suka awak macam saya suka buku.” Itu saja jawapan yang aku berikan. Dia pandang aku dengan hairan tapi dia tetap ukirkan senyuman. Aku suka tengok senyuman dia. Mungkin sahaja sebab kedua aku jatuh cinta dengan dia, adalah senyuman dia. Yaaa… aku suka lihat dia tersenyum. Senyuman dia mampu buat hari aku indah. 

Beberapa minggu kemudian, dia hulurkan aku sejambak bunga ros merah. Aku pandang dia dengan hairan. Dia tahu aku tak suka bunga. Jadi, apa tujuan dia berikan bunga pada aku?

Saya suka awak…,” dia bersuara. Aku diam saja. Menanti ayat yang seterusnya keluar dari mulutnya. “… macam saya suka bunga.”

Aku senyum sahaja mendengar ayatnya yang itu. Yaa.. aku tahu. dia suka alam semulajadi. Dia suka tumbuhan. Aku anggukkan kepala dengan senyuman tapi aku masih tidak menyambut huluran jambangan bunga itu. Dia masih menghulurkan itu pada aku, tapi aku gelengkan kepala.

Terimalah bunga ni,” dia merayu. Aku hanya mengukirkan senyuman sambil  menggelengkan kepala. Dia mencebik. Aku tahu dia kecewa. Akhirnya aku capai sekuntum ros dari banyak-banyak kuntum yang ada di jambangan itu. Dia pandang lagi aku dengan hairan.

Saya ambil satu je la.” Aku bersuara.

Kenapa?” dia menyoal. Aku ukirkan senyuman sambil menghulurkan bunga yang aku ambil dari jambangan kepadanya. Dia memandang aku dengan hairan.

Ini untuk awak,” Aku bersuara tanpa menghiraukan pandangan dia. Perlahan-lahan dia ukirkan senyuman sebelum mengambil bunga itu dari tangan aku. Aku senyum.

Dan bunga ni?” Dia bersuara sambil memandang jambangan bunga di tangannya. Aku geleng kepala. Tak mahu terima bunga itu. Dia matikan senyumannya.

Simpan sahaja bunga-bunga ni. Awak mungkin perlukannya satu hari nanti,” Dia bersuara lagi. Aku senyum lagi.

Sebab?” Aku soal dia.

Sebab… bila awak tengok bunga ni, awak akan ingat saya.” Aku senyum sahaja dengan ayatnya. Tapi aku tetap tak mahu terima bunga itu. 

Tak apa. Saya ada buku…” Aku keluarkan buku dari beg aku. Dia pandang aku lagi. “Bila saya baca buku, saya akan ingat awak.” Aku lihat dia senyum. Mungkin memahami apa yang ingin aku sampaikan.

Jadi.. saya akan simpankan bunga ini. Dan bila awak mahu, beritahu saja,” dia bersuara. Aku senyum saja sebab aku tahu, aku tak akan pernah meminta dia berikan aku bunga. Tak akan. Sebab aku tahu, aku suka dia sebagaimana aku suka buku. Dan bunga, bukan minat aku. Cukup sahaja ada buku yang mampu buat aku tersenyum walau bunga itu mungkin lagi kelihatan menawan berbanding buku.

Habis!

p/s--- menamatkan rasa sweet.  Sekian. 



Friday, 10 May 2013

Kebenaran



Kebenaran itu menyakitkan tapi harus ditempuhi. Tabah dan doa sahaja senjata kamu. Sila move on. 

Tuesday, 7 May 2013

Rose


Cinta saya ibarat bunga Rose. Kalau awak cuba sentuh, awak yang terluka. 


Monday, 6 May 2013

Penat



Awak datang
Kemudian awak pergi
Kemudian awak datang lagi
Kemudian awak pergi lagi

Entah bila awak mahu kekal di sisi 

.Ah.. mohon jangan dilayan hati saya sebegini.

Kelantangan

Dalam banyak-banyak kedukaan... aku terpana pada satu bahagian... di mana hebatnya kelantangan kamu bersuara bisa memiangkan aku(manusia) lainnya.

Sunday, 5 May 2013

Kispen: Buku





Satu hari, aku singgah di tempat kegemaran aku, ‘Dunia Buku’. Melangkah masuk ke situ, jujur, buat hati aku tenang. Senyuman terukir di bibir tatkala aku lihat buku-buku yang tersusun rapi di rak.

Aku mahu melangkah ke arah satu rak sebelum tiba-tiba sahaja aku terlanggar susunan buku yang terletak di tengah-tengah kedai. Itulah, siapa suruh mata tidak pandang ke hadapan, asyik menghadap skrin telefon.

“Sorry…” aku ucapkan pada mata-mata yang memandang aku. Terbit rasa malu tapi aku cover dengan mengutip kembali buku-buku yang berselerak di lantai. Malu seyh! Dan tiba-tiba saja, datang seorang lelaki membantu aku mengutip buku-buku tersebut. Sesaat kemudian, pekerja kedai datang membantu kami.

Selesai menyusun buku di tempat asalnya, aku minta maaf sekali lagi pada pekerja kedai itu. Gadis itu hanya mengukirkan senyuman tanda tiada apa-apa yang perlu dirisaukan.

“Next time, kalau awak jalan, pandang ke depan, mata tu jangan asyik dengan telefon je,” tiba-tiba saja lelaki yang tolong aku tadi bersuara. Aku pandang dia dengan rasa tak puas hati tapi dia hanya mengukirkan senyuman sebelum beredar ke mana entah. Aku, dalam hati ketika itu, mahu saja baling buku yang ada kat tangan aku ke kepala dia. Baru adil! Tapi aku batalkan sahaja, tak mahu memalukan diri sekali lagi.

Selesai memilih beberapa buah buku, aku ke kaunter pembayaran. Dan lelaki tadi berada di hadapan aku. Dia mengukirkan senyuman sebelum aku balas senyuman itu dengan tidak ikhlas. Rasa bengang tadi masih berbaki. Dan tiba-tiba…

Biar saya bayarkan untuk awak,” tiba-tiba sahaja lelaki itu bersuara. Aku pandang dia dengan hairan. Dia ni betul ke tidak? Minda aku tertanya-tanya.

Ah… tak apalah. Saya boleh bayar sendiri,” aku balas.

Tak apa. Lagipun itu dapat jimat masa awak bukan?” Dia bersuara. Aku geleng kepala sebagai tanda tidak bersetuju dengannya, tapi lelaki itu hanya mengukirkan senyuman sebelum dia tiba-tiba mengambil buku-buku di tangan aku dengan spontan. Aku terkesima dan tak mampu berkata sepatah. Aneh, hairan, bengang, semua berkepuk dalam diri.

Selesai membuat pembayaran, aku mengekori dia ke pintu keluar. Risau juga, jika dia tak mahu memulangkan buku aku. Memanglah dia yang bayar tapi itu buku aku. Heh

Nah, ini buku awak,” Lelaki itu menghulurkan plastic yang mengandungi buku-buku aku.

Terima kasih. Berapa kena bayar?” Soal aku sambil bersiap sedia mahu mengeluarkan purse dari handbag.

Tak payahlah. Anggap saja saya belanja awak.” Aku pandang lelaki depan aku dengan rasa tak percaya. Biar betul? Harga buku-buku tu lebih dari RM100 kot, takkan sesenang hati nak belanja aku sebanyak tu.

Tapi…” Aku sebenarnya tetap mahu bayar juga tapi belum sempat aku menyudahkan ayat, lelaki itu mencelah.

Tak apa. Lagipun kita akan jumpa lagi bukan?” Lelaki itu mengukirkan senyuman sekali lagi sebelum beredar.

Aku hanya perhatikan sahaja lelaki itu melangkah pergi. Jumpa lagi? Maksudnya? Bagaimana dia tahu aku selalu ke kedai buku itu? Ah… pendulikan sahaja. Aku pasti bila aku jumpa dia sekali lagi, aku akan bayar duit untuk buku-buku ini. Aku pasti.

Habis!


Saturday, 4 May 2013

Langit


Kalau awak sedih, awak pandang lah langit, sebab di situ saya "berada". Tak kelihatan, tapi awak tahu saya sentiasa bersama awak bukan?

Friday, 3 May 2013

Awan


Hari ni saya bawa awan yang mengandungi cinta saya untuk payungkan awak di waktu panas ini. Harap awak tak akan merungut lagi hari ini panas seperti har-hari sebelumnya. Jaga diri baik-baik. 

Cinta Sejati


Cinta sejati dari DIA tak pernah mengecewakan kita. Senyum.

Thursday, 2 May 2013

Doa

Aku selalu yakin, doa aku akan selalu tembus hingga ke langit tujuh... terus pada DIA.