Thursday, 30 April 2015

Ohh Kamu!



Macam buku yang terlalu menarik.
Itu kamu..
bagi aku

aku ketagih
mahu baca lagi
dan lagi

hingga aku puas..
hingga aku senyum puas

Aku mahu jelajahi kisah kamu
Aku mahu terokai diri kamu
sisi manis kamu
sisi pahit kamu
sisi jahat kamu
semuanya aku mahu tahu

Auch!
Kamu adakalanya sukar dijangka
kamu ada masanya 'gigit' tak terduga
sungguh menarik!

Aku semakin tergoda
kamu banyak rahsia
kamu banyak hal yang tersembunyi
yang buat aku rasa seronok mengalinya..

lebih dalam tentang kamu..
lebih lagi... semuanya!

Ah... tanpa sedar aku sudah 'masuk'
terlalu jauh dalam dunia kamu...
tanpa sedar aku terperangkap dalam dunia kamu..

terlalu asyik mahu membaca kamu
terlalu asyik mengejar kamu
Terhanyut dengan rasa ingin tahu..
dan kamu sudah 'tangkap' aku!!

Hei kamu..
tolong lepaskan aku!
Kamu senyum saja..
senyum menang..
ah.. umpan kena akulah yang mangsa!

Terkebil memandang kamu..
dengan harapan kamu akan lepaskan aku
Tapi senyuman kamu itu...

Terkedu!
Kerana baru aku sedari..
makna senyuman kamu itu..

" Kamu milik aku!"


# ada jalan keluar tak?

Saturday, 25 April 2015

Sekurang-kurangnya untuk saat ini!

 
 
 


Detik bahagia ini..
Detik manis ini..
yang ada antara kamu dan aku.
Suatu hari nanti akan jadi memori

Aku sedar itu.

Tapi biar kita nikmati.. bahagia ini.
rasa bahagia ini mungkin hanya sementara
yang terindah hanya sementara..
Aku tidak pernah tahu di hadapan jalan kita
entah bagaimana.. tapi 

Senyum kamu...
gelak ketawa kamu..
biar aku nikmati..
Manis bicara kamu..
tutup mata, telan dan percaya
Kerana kamu adalah bahagia bagi aku!

Tak akan lepaskan ..
Apa yang aku miliki dengan kamu..
Semuanya terasa benar.. semuanya begitu nyata.
Semuanya bukan hanya mimpi...
sekurang-kurangnya untuk saat ini!

Aku akan dapatkan kamu.. bersungguh-sungguh.
Mahukan kamu.. menjadi bahagian hidup aku
mahu kamu tahu.. tanpa kamu semuanya tak bermakna.
kerana pada aku.. bahagia itu adalah kamu.
sekurang-kurangnya untuk saat ini!



# yah.. hingga mungkin 'mabuk' ini reda.



Friday, 17 April 2015

Rahsia


Dia pandu kereta perlahan. Sambil fikirannya berkeliaran. Bayangan satu wajah lelaki melekat dalam kepalanya. Terasa dadanya tiba-tiba sesak. Sesak dengan rasa rindu yang terlalu kepada lelaki itu. Dia mengigit bibir. Rasa rindu yang mendesak itu sukar dikemudi. Kesedihan menjalar dalam hatinya.

Sambil memandu dia tiba-tiba teresak. Airmatanya gugur bertalu-talu. Dia tahu jarak dirinya dan lelaki itu teramat jauh. Tapi bukan jarak itu yang membuatnya terasa pilu. Bukan! kalau hanya jarak dia sanggup membeli tiket kapal terbang untuk mendampingi lelaki yang dicintainya itu.

Dia semakin teresak-esak. Rasa pilu semakin mengiris-hiris hatinya. Tidak ada tempatnya untuk melepaskan beban itu. Rasa cinta pada lelaki itu.. Rasa yang terlalu payah untuk ditolak walau pun dia tahu.. kesudahan cinta tidak ke mana.. mulanya dia fikir.. nikmati saja selagi dia rasa bahagia! Dia tidak peduli akan penghujung cerita antara mereka berdua..

Tapi kini hatinya mahukan lebih dari itu.. dia mahukan lelaki itu menjadi miliknya.. sepenuhnya! Sayang sekali dia sering terlupa.. Dia hanyalah kekasih rahsia.

Friday, 13 March 2015

Api


Aku sedar kau elak kan diri dari aku
aku sedar kau cuba jauhkan diri
aku terus yakin kan diri aku..

"Tak apa-apa"

terus beritahu diri sendiri

Aku okay!

Pedih yang menyesak di dada ni bukan apa-apa!!

Ia akan berlalu..

Ia akan pergi..

seharusnya begitu..

Aku habiskan masa membuang 'kamu' dari kepala ku

........

Tapi....

Ohhh... some one come help me!!

Aku mahu menangis semahu-mahunya.

ini menyakitkan..

Ohhh.. some one come help me!!

pinjamkan aku bahu untuk aku merintih..

Sakit ini tidak tertahan..

Tak guna..

Padan muka aku. Main api terbakar 'hati'!
















Dan... kenapa aku masih berharap kau akan rindu padaku?

Tuesday, 27 January 2015

Cinta???



Setiap kali Alia terserempak Hakim, hati Alia akan macam dup dap dup dap, macam taufan. Itu belum lagi kalau Hakim like status Facebook Alia, excited-nya... hanya Tuhan saja yang tahu. Tapi kalau nampak Hakim berkomen-komen dengan perempuan mana entah kat Facebook, terus Alia moody. Cemburu. 

Dan Alia pun tak tahu apa kena dengan dia kebelakangan ni?

Mungkinkah ini cinta?




Monday, 19 January 2015

Fell from heaven










“Did it hurt..?”

“Hurt?”Confused. He is very complicated man. Always come with something unpredictable things.

“Did it hurt when you fell from heaven?”

“Fell?”

Blur. Falling from heaven? Why?

“ God kicked you out from heaven cause you too hot for heaven”

Huh?

“Why?”

“ Cause everyone in heaven was having naughty thoughts because of you!”

Smile. Yeah... sweet smile in my face! Ha-ha I can’t help it!

“I think you’re the reason why god kicked me out from heaven!!”

Wednesday, 31 December 2014

Banyak fikir



rupanya aku saja yang banyak fikir..

rupanya kamu baik-baik saja..

aku saja yang fikir bukan-bukan.


dalam kotak kepala aku ni ada macam-macam tentang kamu

kamu..

kamu..

dan kamu..

tapi kamu marah sekejap saja.

esok lusa kamu buat macam tak ada apa

Aku baru nak cakap 'sorry'

tapi kamu sudah maafkan aku..

buat aku malu dengan diri sendiri..

rasa nak menyorok dalam almari..

Makin lama,

aku banyak habiskan masa fikir pasal kamu

aku fikir tentu rasa kekok

kalau nak cakap dengan kamu lepas hal hari tu

tapi tak sangka cuma aku yang rasa kekok macam tu

kamu buat biasa macam tak ada apa?!

fuh.. sebenarnya aku lega.

Aku memang tak faham kamu

Sampai bila pun aku tak akan faham kamu.. mungkin.

Mungkin sebab itu aku banyak fikir pasal kamu??

hurm....