Saturday 25 April 2015

Sekurang-kurangnya untuk saat ini!

 
 
 


Detik bahagia ini..
Detik manis ini..
yang ada antara kamu dan aku.
Suatu hari nanti akan jadi memori

Aku sedar itu.

Tapi biar kita nikmati.. bahagia ini.
rasa bahagia ini mungkin hanya sementara
yang terindah hanya sementara..
Aku tidak pernah tahu di hadapan jalan kita
entah bagaimana.. tapi 

Senyum kamu...
gelak ketawa kamu..
biar aku nikmati..
Manis bicara kamu..
tutup mata, telan dan percaya
Kerana kamu adalah bahagia bagi aku!

Tak akan lepaskan ..
Apa yang aku miliki dengan kamu..
Semuanya terasa benar.. semuanya begitu nyata.
Semuanya bukan hanya mimpi...
sekurang-kurangnya untuk saat ini!

Aku akan dapatkan kamu.. bersungguh-sungguh.
Mahukan kamu.. menjadi bahagian hidup aku
mahu kamu tahu.. tanpa kamu semuanya tak bermakna.
kerana pada aku.. bahagia itu adalah kamu.
sekurang-kurangnya untuk saat ini!



# yah.. hingga mungkin 'mabuk' ini reda.



1 comment:

  1. suatu hari nanti, bahagia itu adalah bila melihat dia bahagia, walau bukan bersama-mu.

    ReplyDelete