Tuesday 10 September 2013

Puisi



Bacakan aku satu puisi boleh?” pinta aku.

Puisi apa?” Soalnya.

Puisi gembira.

Untuk?

Sebab aku mahu saja menangis,” balas aku dengan muram.

Maaf.”Aku lihat dia menggelengkan kepala. 

Kenapa?” Aku hairan dengan kata maafnya.

Aku tak pandai berpuisi seperti kamu.”

Aku mencebik. Kecewa dengan sedikit rasa rajuk.

Tapi aku tahu yang satu perkara yang boleh buat kamu tersenyum…” dia kembali bersuara sebelum menghilangkan diri untuk beberapa minit.

Nah! Untuk kamu.” 

Aku lihat dia tersenyum sambil menghulurkan aiskrim pada aku. Dan aku hanya tersenyum tawar sahaja. Tiba-tiba saja dia buat aku teringatkan seseorang.

Habis!

5 comments:

  1. Seseorang yang telah cuba di benamkan jauh jauh namanya..
    Agar tidak muncul ke permukaan.. lalu mengocak ketenangan..

    Sayang sekali.. hanya hal sekecil keci
    Dengan mudahnya menjemput namanya kembali
    Dari persemadian yg pjg..

    NA


    P/s: ntah aku bicara apa hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku faham. Dan ia terkena pada diri aku sendiri. Haha

      Tapi apesal kau tetiba ni.. haaa

      Delete
  2. ais krim?

    teringat ais krim yang suami minta ada dalam peti ais rumah nenek.

    belum makan lagi...

    haha!

    ReplyDelete