Wednesday, 4 September 2013

Ego


Satu perkataan… ah tak, dua perkataan yang dia lemparkan pada aku.

Gadis ego!”

“Habis, kau bukan ego?” Aku balas balik.

“Aku jejaka. Jejaka dan ego mana pernah dipisahkan.”

Aku jeling matanya. Tanda tidak puas hati! Celaka betul. Asyik dia saja mahu menang. Ah… tak kira. Kali ini aku tak akan mengalah.

“Kau dulu!” Sekali lagi dia bersuara. Aku mencebik.

“Tak mahu!” Aku berkeras.

“Degil!” Dia lontarkan itu pada aku pula.

“Aku tak akan mengalah!” Balas aku sambil memeluk tubuh.

“Aku pun!” Nadanya lantang.

“Baik!”Aku tetap tak mahu mengalah.

“Baik. Kita lihat siapa yang akan meluahkan perasaan dulu. Kau atau aku!” ujarnya dalam keadaan mendengus.

Aku lihat dia menghilangkan diri sejurus mengucapkan kata-kata itu.  Hmmm… dah lama dah ni dia menghilangkan diri. Dan aku pula yang merinduinya. Ah… perlukah mengalah sekarang juga?

 Tak… tak tak… ego harus kekal! Setuju!



1 comment: