Tuesday 6 August 2013

Jatuh



" Budak perempuan murahan tu? jangan harap!" separuh menjerit. Aku marah. Lupa rasa hormat pada wanita yang melahirkan aku. Mak mengeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin dia sedar yang aku sudah meletup. Aku bukannya mudah nak meninggi suara dengan mak kecuali hal itu benar-benar buat aku tak boleh kawal diri.

" Tak ada perempuan lain ke mak nak pinang untuk Adi mak..?"

"Ramai perempuan lain Adi. Ramai.. tapi mak nak kau kawin dengan dia sebab dia tu amanah arwah kawan mak.." ujar mak lagi.

Aku bukan nya nak jadi anak derhaka. bukan. aku sudah janji dengan mak yang aku akan terima siapa saja. Mana-mana gadis yang mak nak jodohkan dengan aku. Aku janji macam tu lepas aku hampir separuh gila dipermainkan oleh kekasih kesayanganku yang akhirnya lari dengan jantan lain selepas aku laburkan hampir semua wang ringgitku.

"Tapi mak.. perempuan tu bekas bohsia mak.. mak tak sayang anak mak ke.. nak bagi anak mak kawin dengan perempuan macam tu?"

" Dia sudah berubah.. dia bukan macam dulu lagi. Dia sudah kembali ke pangkal jalan.. Mak rasa masa lalu dia bukan la satu hal yang penting.. sebab dia sudah insaf dan sudah menjadi manusia baru yang lebih bersih hatinya.." Aku pekakkan telinga. Kata-kata mak tak masuk akal. Bekas bohsia tu nak di jadikan bini? huh..

********

Aku terpaku. Suara lunak lagi merdu memberi salam menerjah gegendang telingaku. Gadis yang aku hina-hina sebagai bekas bohsia itu berada di depanku. Cantik. Ayu. Bertudung putih. Bayangan gadis seksi dulu sudah lenyap. Dan ternyata dia kelihatan seribu kali lebih cantik dengan penampilan barunya itu.

" Ni.. sedikit kuih untuk buka puasa.." Katanya sambil menghulurkan bekas berisi kuih. Aku gugup. Terdengar sesuatu terjatuh. Entah apalah itu. aku tak pasti.. yang aku tahu. segala hal boleh berubah.. dengan kehendakNya. Gadis itu berubah.. dan begitu juga hatiku.

' Mak.. cepat la kawinkan aku'

2 comments:

  1. Jangan pernah menilai seseorang berdasarkan masa silamnya... :)

    *Mohon mak cepat kahwinkan si Adi tu.. hehe

    ReplyDelete
  2. aamiin.... amboi... huhuhu... aku suka... padat n smooth...

    bs

    ReplyDelete