Menitik
Setitis demi setitis..
Berlarutan tidak berhenti
Menyakitkan tiada tertahan
Di sini
Di dada ini
Ada rasa tertikam
Tertusuk..
Dan nafas jadi terasa sesak
Terasa berat.. tapi terus diteruskan
Apa pun ia..
Sebalik perit yang mengengam
Mengingatkan tentang kau.
Yang ia adalah nyata..
Yang sakit perit ini bukan mainan rasa
Yang semua ini mengingatkan aku pada kau..
Ya.. kau.
mengapa aku yang tersakiti ketika membaca kata2 indah ini..
ReplyDeleteadakah kau itu aku?..atau aku adalah kau?..
:'(
Aku adalah kau..
ReplyDeleteBila kita pernah rasa dan alami hal yg serupa..
Getarnya.
Peritnya..
Tiada beda..
NA
aku harap kau dan rasa itu berbeda kerana aku inginkan rasa yang tidak sama..
ReplyDeleteagar kau tidak mengerti aku siapa...
lalalalaa
Pastikan kau temu bahagia
ReplyDeleteMaka rasa itu pasti berbeda..
Aku rasakan sesuatu tatkala memabaca ini. Benar-benar menusuk jiwa.
ReplyDeleteTusukan kamu rasa
ReplyDeleteTempiasnya menyapa ku mesra..
Aku tahu apa kau rasa..
Nico robin