Saturday, 15 February 2014

Buta





Katakanlah cinta itu buta

Bila masa hati aku ini buta sebab cinta aku untuk kamu
Membutakan rasa sakit yang aku alami sebab kamu

Ya cinta itu buta 
Dan menyakitkan.

Cinta untuk kamu.

Friday, 14 February 2014

Jahanam


Dadaku berombak kencang, serasa mahu pecah.Tak sengaja melihat gadis kesayangan melentok manja di bahunya-sahabatku. Aku perlahan mendekat, memastikan yang aku tidak di tipu mataku sendiri.
Seperti terkena kejutan elektrik, mereka berdua bingkas dan menjauh bila menyedari aku. Ya.. Aku yang sedang terkaku. Cuba menahan nafas.. Cuma untuk berfikir.. Cuba untuk mencari jawapan.. Dan cuba untuk bangun.. Jika ini adalah mimpi.

"katakan aku hanya salah sangka.. Ini salah faham saja" kataku dengan nafas yang tersekat-sekat. Dengan gelora di dadaku bagai dibadai puting beliung.

Si gadisku menunduk dan mengeleng perlahan.

"aku akan jelaskan semuanya.." celah sahabatku yang jahanam itu.

"tidak!!!!!!"

Satu tumbukan hinggap ke mukanya. Ia bagai di hayun syaitan. Bertubi-tubi lagi datang kemudian. Aku sedikit pun tidak berdaya menahan tanganku sendiri. Dia cuba mengelak tetapi sedikit pun tidak membalas. Gadisku memekik meminta aku berhenti. Aku berpaling dan hampir saja melayangkan tanganku ke wajah si gadis kesayangan yang telah menjadi racun!

"jahanam.. Apa semua ini" bentak ku. Lelaki itu ku belasah lagi.

"aku bersalah.. Aku yang bersalah.. Lepaskan dia,.." rayu si gadis padaku. Seperti menuang garam
ke dalam luka ku. Rayuan itu membuktikan yang aku sudah pun kalah dengan teruk meskipun lelaki itu berjaya ku kalahkan dengan penumbuk ku. Aku berhenti dan menyuruhnya diam.

" sudah.. Aku tak mahu dengar apa-apa. Sudah jelas semuanya" aku pergi.


*************

Dari jauh aku lihat sepasang kekasih yang jahanam. Mantan kekasih.. Dan bekas sahabatku. Si dia ternyata kelihatan bahagia. Senyumnya lebar dan iklas. Aku menyumpah dalam hati. Tiba-tiba satu bisikan terdengar di kepalaku.

"lihat dia.. Pernahkah kau buat dia gembira seperti itu?" tanya bisikan itu.
"lebih dari itu.." Bentak ku membalas bisikan itu. Mendengus kasar.
"benar?" tanya bisikan itu lagi.

Aku ,mengeluh. Mungkin sekali dua aku pernah abaikan dia.. Sebab aku sibuk dengan persatuan dan kerja sambilan. Tapi aku tak pernah lupakan dia..

"benarkah begitu?" tanya bisikan itu lagi bernada sinis

"Tentulah!!"  marahku.

Dan kemudian bisikan itu kedengaran ketawa. Ketawa yang sungguh menyakiti hati. Menjengkelkan. Mencarik-carik isi dada.

"lihat..." ujar bisikan itu. Dan aku melihat ke dalam kotak rakaman dalam kepalaku. Ketika aku meminta sahabatku yang jahanam itu menyampaikan pesananku kepada si gadis, yang aku sibuk dan menyuruhnya memujuk gadis itu agar memaafkan aku kerana membatalkan temujanji. Aku melihat kembali... Aku hulur wang pada si jahanam itu untuk membeli kuntuman bunga buat si gadis itu.. Dan menyampaikan bunga itu untuknya sebagai tanda maaf kerana kesibukan ku... Satu persatu di ulang tayang lalu menunding kepada ku. Aku menahan nafas.. Mengeleng.. Menafikan.

"bagaimana?" tanya bisikan itu lagi.

Aku menghempus nafas yang ku tahan itu dengan kasar. Jahanam!

Jahanam. Jahanam.. Jahanam...

Akukah yang punya salah?









Wednesday, 12 February 2014

'Sergah...'

'...ada sifulan, sergah aku di laluan pejalan kaki, di tangan aku kemas beg plastik; air milo dan kuih karipap jumbo sebiji... sifulan yang duduk di lantai tanpa alas, dengan comot memandang makanan tergenggam di jemari... tanpa dongak, aku lihat dia menelan air liur...'

Aku tersenyum...
Huuurmmm....
Aku terus hulur dan dia memandang ke arah mata dengan sayup hiba '...timer kasih nak...'

Aku beredar...
Di dalam LRT, sambil berdiri, aku renung langit; cerah dan panas.
'...semoga dipermudahkan segala urusan sifulan dengan penuh ehsanMu Ya Rabb...' - Nani Zuliana-

Monday, 10 February 2014

Kita



Kadang kadang perbualan kita serius
Kadang-kadang perbualan kita hambar
Kadang-kadang perbualan kita bikin aku ketawa.
Walau mana satu perbualan aku dan kau

Semuanya menenangkan aku
Sepertimana saat aku bersama kau.
Terima kasih untuk momen itu. 



Saturday, 8 February 2014

Menatap Bulan Bintang



Menatap bulan bintang
Pada malam yang tenang
Berteman gigitan penghisap darah
Sang nyamuk yang kelaparan
Sama lapar seperti perutnya.....

Mengunyah tangisan
Yang tersisa untuk ditelan
Sehabis menjamu siang yang menyakitkan
Tawa yang tertikam
Memikul keperitan dalam kenyataan
Yang berarus duniawi nan kejam..
Menongkah-nya dengan paksa
Tak mampu putus asa..

Menatap bulan bintang
Berharap mimpi indah jelma
Lalu menghangatkan dingin malam
Yang menusuk ke temulang
Berselimut hamis yang memualkan
Tidak pernah menerbitkan resah

Terbuang atau dibuang..
Bukan lagi satu soalan..
Kasih sayang bukan lagi impian
Yang tertinggal kini..
Adalah perjuangan.. Bukan pilihan.

Monday, 3 February 2014

yang mati itu kau sebenarnya..




Kau toreh
Kau tikam
Semahu mu
Sesuka mu..

Kau lupa ada karma
Kau tak peduli semua

Apa kau suka
Kau buat macam raja
Sandiwara atau drama
Yang terluka padan muka

Hati rapuh dia
Kau noda serakusnya
Biar dia rasa derita
Biar dia benci pada cinta..

Kau bunuh dia
Dengan sekejamnya
Hingga hatinya macam celaka.

Tapi sayang
Dari mati itu dia mula bernyawa
Malah lebih kuat dari sebelumnya
Kerana dia selalu percaya pada DIA

Kau fikir kau berjaya?
Yang mati itu kau sebenarnya..
Hati mu sudah mati tanpa rasa..
Jiwamu sudah sasar entah ke mana..

Moga nanti kau jumpa jalan..
Kembali pada DIA.


Sunday, 2 February 2014

Gaduh




Satu hari, pergaduhan berlaku diantara dua kawan baik.

"Whiskas tu kita punya!" Teriak Spongebob kepada Patrick. Satu serangan mengigit cuba dilontarkan kepada Patrick, tapi tidak berjaya.

"Itu kita punya la! Tuan kita belikan untuk kita." Giliran Patrick pula menjerit. Tangannya cuba menolak kepala Spongebob.

Dan pergaduhan berterusan dengan Patrick menendang Spongebob dan Spongebob masih dengan azamnya untuk mengigit Patrick. Bila entah mahu tamat, tidak diketahui.