Friday, 5 June 2015

#1: Z



"Hai. Nama aku... mungkin saja kau boleh panggil aku Z. Jantina aku? Biarkan ia menjadi rahsia sebagai permulaan. Dan aku yakin di beberapa entri seterusnya kau akan tahu siapa aku sebenarnya Jantina aku dan mengapa aku tulis ini.Dan juga mengapa kau masih mahu baca ini."
Asap nikotin disedut untuk kali terakhir sebelum puntung rokok itu dilempar ke luar jendela. iPhone 6 miliknya dikerling sekilas lalu sebelum matanya menghadap kembali skrin MacBook. Senyuman sinis terukir di hujung. 

Z? Apa kuno nama pena. Kalau penulis blog dihadapannya ini adalah Z, makanya dia adalah Y. Y dan Z. Dia ketawa sendirian. Mungkin bagi manusia lain itu tidak kelakar tapi baginya ia kelakar. Ah, penduli apa dia dengan pandangan manusia lain. Itu hidupnya dan dia tidak perlukan semua itu. 

Kedengaran rengekan wanita. Dia pandang pula katil di hadapannya. Seorang wanita yang dibaluti selimut tebal sedang lena dibuai mimpi. Dia senyum lagi sebab disebalik selimut tebal itu adalah tubuh wanita tanpa seurat benang. 

Dia mengeluh. Dia mahukan sesuatu yang lebih dari apa yang dia dan wanita itu lakukan beberapa jam yang lalu. Dia mahukan sesuatu yang lebih dari asap nikotin yang disedutnya sebentar tadi. 

Akhirnya dia bangun, kembali melangkah ke arah katil. Kembali melabuhkan diri di sebelah wanita itu. Senyuman terukir saat wanita itu membuka mata dan mengukirkan senyuman padanya dalam keadaan mamai. Katil kembali bergegar, membawa segala keresahannya hilang malam itu.






2 comments: