Sunday 23 March 2014

Diam


Aku diam
Bukan tidak lagi sayang kamu
Aku mengelak
Bukan kerana aku benci kamu
Sesungguhnya aku
Masih berharap yang ini tidak berlaku
Sebenarnya aku tak suka diam begini
Masih ingin bercanda denganmu seperti selalu..
Tapi kamu..
Bukan lagi yang ku kenal dulu
Langkah kakimu laju
Mengejar dia  yang tak pernah ada
Membuat aku terlalu terluka
Melihat kamu begitu.. argh!
Aku terlalu terluka sebenarnya..
Melihat kamu bukan kamu lagi..
Jadi biar aku terus diam lagi..
Hingga nanti aku kuat kembali..
Menghadapi kamu yang aku kasihi..
Dan merebut lagi dirimu.. yang semula.
“kawanku..”

2 comments:

  1. Kawanku...
    aku rindu kamu yang dulu
    seorang kawan yang selalu bersama
    dalam susah dan senangku..
    aku rindu gurauanmu
    aku rindu tawamu
    aku rindu ingin bersamamu
    meniti hari hari bersama
    berkongsi suka duka bersama
    semoga kita kembali semula
    seperti dulu..

    **terkadang bila semakin meniti usia dewasa ni (chewah) ingatan selalu terimbau dengan kenangan dulu. kenangan dengan kawan-kawan dan mereka yang bergelar sahabat. serasa semuanya semakin jauh meninggalkan kita. cuma memerhati kehidupan mereka dari jauh..mendoakan bahagia selalu mengiringi mereka..

    kan kak nong...
    (rindu zaman belajar sebenarnya)

    ReplyDelete
  2. waduhh..sungguh dalam erti nya itu..dan daku sukar nak paham ayat sebegitu puitis..

    ReplyDelete