Thursday, 30 January 2014

Perangkap

“Ada seorang perempuan yang aku suka,” Dia mula berbicara. Dan aku ‘mendengar’ dengan penuh teliti.  She’s…” Ayatnya terhenti di situ. 

“Kenapa?” Aku soal dia. Dia tunjukkan symbol senyum sebelum meneruskan perbualan.

“She’s never know my feeling.”


“Tak pernah confess?” Aku soal dia lagi. 

Sekali lagi dia tunjukkan symbol senyum. “Never.”

“Why?”


“Because I’m sick. Ajal sedang menanti aku.”


“Maksud?”

Simbol senyum ditunjukkan sekali lagi. Dia tidak menjawab soalan aku itu. 

“Aku tak nak beri harapan palsu pada dia.”


“Macam mana kau berkenalan dengan dia?”


“Alam maya. Sama macam kau.”

“Dan kau jatuh hati dengan dia tanpa kau lihat muka dia?” Aku soal dia.

Dia tunjukkan symbol senyum. “Sama macam kau bukan? Kau jatuh hati dengan aku bukan?”

Aku senyum sinis. “Aku tak pernah jatuh hati dengan kau.”

Really? Those status?”


“It wasn’t aimed for you.”


“Pasti?”


“Yup.”

Dia tunjukkan sekali lagi symbol senyum. “Aku tahu kau suka aku, but aku tak boleh nak suka kau…”

Aku telan air liur. Mungkin sedikit kecewa. “So, apa yang buatkan kau suka pada perempuan tu tadi?” Aku tukar topic perbualan. 

You never meet her..” Aku menambah lagi.

“Aku pernah. Tapi dia je yang tak pernah sedar kehadiran aku masa tu. She didn’t recognize me..”

“Oh…” Itu saja yang mampu aku katakan ketika itu. Sedikit kecewa. Hampir 1 jam berbual perkara yang bodoh, perbualan kami ditamatkan.

%%%%%%%%%%%%%%%

 What a stupid girl you are.” Senyuman sinis terukir. Tablet diletakkan di atas meja. Dia teringatkan perbualan di Facebook tadi. Jerat sudah mengena. Kalaulah budak perempuan yang dia chat tadi tahu hal yang sebenar bahawasanya yang berbual dengannya bukannya lelaki sepertimana tertulis di facebook profilenya tapi adalah seorang perempuan. Di sebalik identity facebook lelaki itu adalah seorang perempuan. Yang mana adalah dirinya. 

Habis!

Sunday, 26 January 2014

Rindu

Pernah aku mengambil tempat disebelahnya,
Mengungkapkan kata rindu padanya
Yang aku tahu tak akan ada balasan darinya.

Yang aku dapat, hanya senyumannya.
Yang aku tahu itu tanda dia juga rindu sebagaimana aku rindukannya. 

Sunday, 19 January 2014

Barbie




Mamaaaaaaaaaaa!!! Titeww nak Barbie juga!  

Untuk apa?” Soal Mama dengan hairan.

“Jenab anak Auntie Temah ada Barbie. Titeww pun nak jugak.” Sambil tarik baju Mama.

Tak boleh,” balas Mama.

Plissssss. Mama kan cantik.” Bodek Mama. Mama geleng kepala.

Pergi main toy yang Mama belikan hari tu ya?” Pujuk Mama.

“Tak nak! Titeww nak Barbie juga! Tak nak main ini! Kenapa titeww kena main dengan toy tu?” Menyoal Mama sambil mata tengok toy yang Mama belikan hari tu di meja.

Anak jantan kenalah main car toy. Faham?” Mama usap kepala sambil senyum.

Ooooooooooooooooo… habis Jenab tu bukan jantan la?

Mama angguk kepala. 10 minit kemudian…

Mamaaaaaaaaaaa!” Kali ini jerit dengan tangisan.

“Kenapa pulak?” Soal Mama sambil kesat air mata anak lelakinya.

“Jenab tak nak main dengan titeww sebab titeww tak ada Barbie."

Mama kesat air mata. "Jadi, jangan la kawan dengan dia. Kawan dengan Abu, boleh?"

Kita pun anggukkan kepala sebelum ambil car toy dan pergi main dengan Abu. Bila Jenab datang rumah kita keesokan hari, kita pun dah tak layan dia sebab Mama suruh main dengan Abu. Lagipun Jenab tak nak main dengan kita sebab kita tak ada Barbie. Jadi, kita dengan Jenab bukan kawan lagi.

Bye.

Friday, 17 January 2014

Derita



Bila derita itu harus dipendam, disimpan seorang diri


Sampai bila dia harus cuba kuat?
Sampai bila dia harus biarkan saja air matanya menitik

Apa yang kau tahu tentang deritanya?
Derita mengenangkan kau?


Tiada.


Langsung tiada.

Wednesday, 15 January 2014

Jiana


Awan sedang menangis. Tangisan awan ditemani deruan angin. Seolah-olah ia bercampur dengan gelojak kemarahan. Sesekali dentuman di langit bergema bersama panahan cahaya pantas yang digelar kilat. Leo gelisah. Biasanya nyanyian hujan membuai dirinya hingga lena. Tapi tidak kali ini. Dia resah tanpa sebab seakan ada sesuatu.
"Tok..tok..tok.."
Ketukan kuat pintu utama mengejutkan. Leo bingkas. Berkerut kening. Memikir siapakah gerangan yang mengetuk rumahnya tengah malam ketika hujan lebat mencurah. Ketukan itu masih tidak berhenti. Mengesa. Akhirnya Leo menapak ke pintu utama. Pintu terkuak lebar dan di hadapannya seorang gadis berwajah cantik yang basah kuyup mengigil kesejukan. Leo tertegun. Sempat melihat gaun putih gadis itu terkoyak sedikit dan seperti terkena lumpur. Melihat Leo ternganga, gadis itu cepat-cepat bersuara.

“ Maaf.. menganggu. Mohon belas kasihan.. saya tersesat dan kebasahan.. apa boleh kalau saya tumpang bermalam di rumah saudara?”rayu gadis cantik itu.

“ Masuk..masuk..” Kata Leo dengan tergugup. Pintu di kuak lebih lebar. Gadis yang
Mengigil kesejukan itu buru-buru masuk ke dalam rumah. Lantai dibasahi air yang jatuh dari betis dan gaunnya.

“Terima kasih..”

Gadis cantik berambut panjang itu meminjam bilik air dan Leo cepat-cepat mencari towel untuk gadis itu. Ternyata gadis itu sehelai sepingang saja. Tiada beg pakaian. Leo mengeluarkan baju T miliknya untuk di pinjamkan kepada gadis itu. Dia tak putus-putus mengucapkan terima kasih.

“Tersesat seorang diri?” Tanya Leo ketika menghidangkan secawan kopi panas untuk gadis itu. Berminat ingin tahu susur cerita yang membawanya ke rumah ini.

“ Ya.. hendak ke rumah kawan sebenarnya. Tapi tersalah baca alamat. Bergaduh pula dengan pemandu teksi. Dia hentikan saya entah di mana.. ketika berehat di perhentian bas. Beg pula di larikan peragut. Hujan dan malam datang serentak.. ada beberapa rumah saya ketuk minta tolong. Tapi sebaik saja melihat saya.. mereka menutup pintu dengan kuat seolah-olah melihat hantu saja..” Cerita gadis itu sambil tersenyum manis.. mempelihatkan rasa syukur kerana Leo bertindak sebaliknya.

“ Tentulah.. malam-malam macam ni.. hujan.. Guntur dan kilat. Datang gadis berbaju putih di depan pintu boleh membuat kita berfikir yang bukan-bukan.. ya. Gaun kamu terkoyak tadi saya terpandang.. juga sedikit berlumpur..” mendengar kata-kata Leo, gadis itu tertawa. Bunyi tawa yang gemersik indah menawan cuping telinga Leo.
“ Ya.. tentang gaun yang terkoyak dan berlumpur.. ia sebenarnya sangat memalukan. Saya mengetuk sebuah rumah tadi.. mana tahu saya di sambut oleh seekor anjing yang bukan kepalang besarnya.. saya lari lintang pukang terjatuh hingga gaun terkoyak.. tadinya ia lebih kotor dari itu.. tetapi hujan telah membersihkan sedikit lumpur pada gaun saya..” Leo mengeleng-geleng. Malang sungguh nasib gadis ini. Mujurlah dia membuka pintu dan membenarkannya masuk. Kalau tidak mungkinkah dia masih berkeliaran dalam hujan lebat di luar. Ah.. kasihan.

“Tak mengapa.. besok.. beritahu saja di mana tempat tinggal kamu.. saya akan tolong hantarkan kamu pulang.. malam ini kamu berehatlah di rumah saya.. kamu boleh tidur di bilik itu” Leo menunjuk bilik tetamu yang bersebelahan dengan biliknya.

“Terima kasih.. kamu sungguh baik sekali. Kalau bukan kamu.. pasti saya sudah mati kesejukan di luar.. ah ya.. nama saya Jiana.. terlupa memperkenalkan diri..”

“ Saya Leo.. ah.. kamu tentu lapar. Biar saya masak sesuatu untuk kamu..” Leo bangkit.

“Maaf.. kerana menyusahkan kamu.. Tapi memang benar saya lapar..” Jiana tersipu malu. Leo ketawa kecil dan bergerak ke dapur. Jiana mengekori dari belakang. Baju T yang di pinjamnya itu sangat besar hingga ia sampai ke paras peha. Leo sempat mengerling atas lutut Jiana yang putih melepak sambil menelan air liur. Ternyata gadis ini sungguh jinak.. ataupun naïf?

Mereka masak bersama. Tolong menolong dan bila siap mereka membawa makanan ke meja makan. Duduk berhadapan saling berpandangan dan makan perlahan-lahan.

“ Sebenarnya.. saya harap saya lalui saat macam ini dengan kekasih saya.. memasak bersama.. makan bersama.. mungkin juga bersuap-suapan.. tetapi sayang sekali.. dia punca saya tersesat malam ini.. ” kata Jiana tiba-tiba. Dahi Leo berkerut tidak faham. Di tenungnya wajah cantik itu dalam-dalam. Bibir yang pucat lesi itu tadi kini berwarna merah jambu menawan.

“maksudnya?”

“ Saya sebenarnya mahu ke rumah kekasih saya.. tapi dia tidak setuju. Dia telah memberikan alamat yang salah kepada saya.. kami bergaduh. Kemudian saya dapat tahu yang dia sebenarnya suami orang.. dan.. saya kemudian bergaduh dengan pemandu teksi yang menghantar saya ke alamat yang salah itu.. telefon bimbit saya habis bateri.. kemudian beg saya di larikan peragut.. di kejar anjing lalu jatuh hingga gaun saya terkoyak.. berkeliaran dalam hujan hingga malam.. saya umpama sudah jatuh di timpa tangga.. mujur ada kamu..” Jiana menangis tersedu-sedu meratapi nasibnya. Leo serba salah melihat tangisan gadis itu. Dia mendekat dan mengusap perlahan bahu gadis itu untuk menenangkannya. Tanpa di duga Jiana menerkam memeluknya dan terisak-isak di dadanya. Leo tergugup tetapi terus membelai rambut gadis itu hingga gadis itu akhirnya berhenti menangis.
“ Maaf..” Ujar Jiana sedikit malu lalu melepaskan tubuh Leo yang dipeluknya tadi. Leo hanya mengigit bibir. Kehangatan tubuh gadis itu bagai aliran elektrik yang menyuntik tenaga lelakinya. Leo tidak membalas kata maaf Jiana. Mereka hanya saling berpandangan tanpa mengerlipkan mata. Wajah cantik Jiana Leo pandang dalam-dalam. Terlalu cantik untuk di tolak. Terlalu mengoda untuk dinafikan. Debaran demi debaran yang mengegarkan jantungnya membuat Leo seakan-akan terbius di hadapan Jiana. Tanpa sedar Leo merangkul Jiana dan mengecup bibir merah jambu itu. Sedikit rakus. Jiana terpegun tetapi tidak menolak.
“Maaf.. saya..” Leo tersentak dan rangkulannya terungkai serta merta. Nafasnya megah mengawal nafsu yang bergelora. Dia tersedar yang kecantikan Jiana telah membuatnya lupa diri.  Jiana tersenyum dengan muka yang kemerahan. Bertambah cantik di mata Leo. Leo ingin meminta maaf sekali lagi tetapi Jiana segera menutup mulutnya dan mengeleng. Tanpa di duga kali ini Jiana pula yang tiba-tiba bertindak merangkul tubuhnya dan memagut bibirnya dengan mata terpejam… Leo tak berdaya lagi. Hanya dentuman petir.. Guntur dan suara hujan yang menengelamkan desahan nafsu kedua mereka. Tak terkawal.. lalu membiarkan diri mereka tewas.

***********

Cahaya matahari yang terang membuatkan Leo terjaga. Dia terpisat-pisat mengesat matanya yang masih lagi diselimuti rasa kantuk. Tersedar yang dia berbogel di dalam gebarnya. Secarik senyuman di bibir bila teringat keindahan malam tadi. Ah.. Jiana yang cantik dan manja itu. Leo berpaling ke sebelahnya. Jiana tidak kelihatan. Manakah gadis itu? Sudah bangun.. menyediakan sarapan? Hati Leo berbunga-bunga.
Tiba-tiba matanya di sapa oleh satu pemandangan aneh. Batu? Leo menampar pipinya. Sakit! Ini bukan mimpi. Sebatang batu nisan tersadai di sebelahnya. Leo menelan air liur.
Paling mengejutkan. Tertera namanya.
“ Your are next”
Bisikan itu menembusi telinganya dan terus bergema di kepalanya. Dia bercelaru mendengar bisikan itu.  Deringan bunyi telephone bimbit akhirnya telah menengelamkan gema bisikan itu tadi. Buru-buru Leo menyambut panggilan itu. Tertera nama Gina. Adik kawannya Gabriel.
“ Hello Gina?”
“ Leo! Gabriel.. dia.. dia sudah mati. Dia mati dengan dasyat..” Gina menangis kuat. Leo terkejut dan tiba-tiba bisikan itu kembali bergema semula.
“ You are next Leo!”
Suara Jiana ! jelas itu suara Jiana!

*************

Beberapa tahun lalu..
Itu adalah ajakan teman-temannya. Darah muda sedang mengelegak dan kawan-kawannya yang berperangai gila-gila sedang meraikan sesuatu. Akhirnya, pertama kalinya Leo ikut serta. Ia satu pesta. Pesta yang luar biasa bagi Leo tapi tidak bagi mereka yang lainnya. Seorang gadis dijadikan korban pesta itu. Di rogol bergilir-gilir oleh mereka sebelum mereka mencampakkannya ke dalam gaung..
"Kau pasti?" Soal Gabriel kepada Leo. Matanya memandang mayat gadis yang separuh bogel tu. Dia takut sebenarnya. Terlalu!
Leo menganggukkan kepalanya. Akhirnya mereka berdua mengangkat mayat gadis itu sebelum menghumban ke dalam gaung di hadapan mereka. Setahu Leo.. hingga kini gadis itu tidak pernah ditemui.. hilang buat selamanya. Selama-lamanya gadis itu tidak pulang ke pangkuan keluarganya..
…. selamanya berkeliaran…. Dari satu rumah ke satu rumah.. meredah hujan.. mencari ‘kekasih-kekasih’nya.. menagih ‘kasih-sayang’…


 p/s : Hasil tulisan dari gabungan nong andy dan reenapple.

Wednesday, 1 January 2014

Cinta Palsu

Bila cinta saya pada awak kekal buat saya terluka seperti selalu, apa haruskah saya simpankan lagi rasa itu?
Perlukah saya simpan lagi sesuatu yang buat saya terluka sebegini?
Perlukah saya lukakan diri saya semata-mata untuk tak mahu awak terluka?
Awak sedang gembira melihat tangisan saya.
Tangisan yang saya dapat dengan lihat awak bersama dia. 
Dia yang saya gelar sahabat baik.


Bila cinta itu tak lagi bersama saya, tolong jangan kata saya ini kejam.
Bila saya sedaya upaya jujur dan yang saya dapat dari awak, hanyalah penipuan.
Penipuan dari cinta palsu awak itu.
Jadi, jangan harap yang saya akan maafkan awak.
Tidak. 
Walaupun saya telah mati.