Saturday 31 August 2013

Lagu


Aku mahu kamu dengar satu lagu, boleh?”Jejaka bersuara

Lagu apa?”Soal si gadis.

Lagu ini….” Dihulurkan tajuk lagu.

10 minit kemudian.

Dah dengar… Tapi kenapa lagu ini?” soal si gadis.

Entah. Bila dengar lagu ini, kamu dalam fikiran aku.”Balas jejaka.

Hati Baru




“Hai, saya dah tak ada hati.”

*Pencuri memulangkan kembali hati*

“Tak. Saya dah tak nak lagi hati saya yang awak curi awak tu. Yang itu awak boleh lempar ke laut.”

*Pencuri memandang dengan hairan*

“Saya cuma nak hati yang baru yang cuma ada DIA. Hati yang saya pasti awak tak akan duduki lagi.”




Dan kisah itu terhenti di situ.... bersambung kemudian hari. :)




Wednesday 28 August 2013

Kau


Menitik
Setitis demi setitis..
Berlarutan tidak berhenti
Menyakitkan tiada tertahan

Di sini
Di dada ini
Ada rasa tertikam
Tertusuk..
Dan nafas jadi terasa sesak
Terasa berat.. tapi terus diteruskan

Apa pun ia..
Sebalik perit yang mengengam
Mengingatkan tentang kau.
Yang ia adalah nyata..
Yang sakit perit ini bukan mainan rasa
Yang semua ini mengingatkan aku pada kau..

Ya.. kau.




Halimunan


Aku yang halimunan
Atau kamu yang halimunan?
Kenapa kamu tak kelihatan di mata aku?

Atau yang sebenarnya,
Kita berdua yang halimunan?
Pada satu sama lain?

Ah... mana kamu?
Tunjukkan diri kamu
Baru mata aku ini nampak kamu.

Saturday 24 August 2013

Rindu



Jadi,
Kalau aku rindu kamu
Aku akan kirimkan Al-Fatihah dan Yassin.
Boleh?

Sebab itu yang sepatutnya bakal berlaku bukan?
Biarkan DIA yang jadi pengantara aku untuk kamu 



Tuesday 20 August 2013

Bercerita


Ada 1 cerita yang aku mahu kau dengar. Aku akan ceritakan itu bila kau dan aku duduk di hadapan masing-masing dengan secawan kopi di tangan.Itupun jika diizinkan DIA. Jadi, sudikah kamu dengar cerita aku yang bosan ini?

Thursday 15 August 2013

Ajar


Mari sini kamu,
Biarkan aku ajar apa itu erti cinta aku pada kamu.
Mahu dengar tak?

Sunday 11 August 2013

Peluk


Aku tak mahu dipujuk dengan kata-kata bila aku menangis, tapi dengan sentuhan. Jadi, peluklah aku di saat aku menangis. Itu bisa buat aku tenang.

Thursday 8 August 2013

Tunggu



"Siapa yang kamu tunggu?" kedengaran suara seorang wanita tua di sebelahnya.

"Tunggu? Maksud Mak Cik?" Dia menyoal. Hairan dengan pertanyaan wanita itu.

"Kamu sedang tunggu seseorang bukan?"

"Saya...tak. Saya tak tunggu sesiapa pun,"balasnya dengan senyuman.

"Mak cik tahu. Kamu sedang menunggu seseorang. Tanya hati kamu, siapa yang kamu sedang tunggu sebenarnya. Dia pun sedang tunggu kamu. Tunggu untuk berjumpa dengan kamu satu hari nanti."

Dia memandang wanita tua itu dengan hairan. Masih tidak memahami apa yang dikatakan.

"Saya..." Dia tidak tahu apa yang harus dikatakan lagi.

"Sabarlah menanti. Hasilnya satu hari nanti manis. Tuhan akan beritahu kamu bila kamu harus buka hati lagi. Sabar anak ya," ujar wanita tua sambil menepuk bahunya sebelum berlalu pergi.

Dan dia hanya memandang kosong pemergian wanita tua itu. Aneh dan hairan. Tunggu? Siapa yang sedang dia tunggu? Atau siapa yang sedang menunggunya?



Tuesday 6 August 2013

Jatuh



" Budak perempuan murahan tu? jangan harap!" separuh menjerit. Aku marah. Lupa rasa hormat pada wanita yang melahirkan aku. Mak mengeleng-gelengkan kepalanya. Mungkin dia sedar yang aku sudah meletup. Aku bukannya mudah nak meninggi suara dengan mak kecuali hal itu benar-benar buat aku tak boleh kawal diri.

" Tak ada perempuan lain ke mak nak pinang untuk Adi mak..?"

"Ramai perempuan lain Adi. Ramai.. tapi mak nak kau kawin dengan dia sebab dia tu amanah arwah kawan mak.." ujar mak lagi.

Aku bukan nya nak jadi anak derhaka. bukan. aku sudah janji dengan mak yang aku akan terima siapa saja. Mana-mana gadis yang mak nak jodohkan dengan aku. Aku janji macam tu lepas aku hampir separuh gila dipermainkan oleh kekasih kesayanganku yang akhirnya lari dengan jantan lain selepas aku laburkan hampir semua wang ringgitku.

"Tapi mak.. perempuan tu bekas bohsia mak.. mak tak sayang anak mak ke.. nak bagi anak mak kawin dengan perempuan macam tu?"

" Dia sudah berubah.. dia bukan macam dulu lagi. Dia sudah kembali ke pangkal jalan.. Mak rasa masa lalu dia bukan la satu hal yang penting.. sebab dia sudah insaf dan sudah menjadi manusia baru yang lebih bersih hatinya.." Aku pekakkan telinga. Kata-kata mak tak masuk akal. Bekas bohsia tu nak di jadikan bini? huh..

********

Aku terpaku. Suara lunak lagi merdu memberi salam menerjah gegendang telingaku. Gadis yang aku hina-hina sebagai bekas bohsia itu berada di depanku. Cantik. Ayu. Bertudung putih. Bayangan gadis seksi dulu sudah lenyap. Dan ternyata dia kelihatan seribu kali lebih cantik dengan penampilan barunya itu.

" Ni.. sedikit kuih untuk buka puasa.." Katanya sambil menghulurkan bekas berisi kuih. Aku gugup. Terdengar sesuatu terjatuh. Entah apalah itu. aku tak pasti.. yang aku tahu. segala hal boleh berubah.. dengan kehendakNya. Gadis itu berubah.. dan begitu juga hatiku.

' Mak.. cepat la kawinkan aku'

Friday 2 August 2013

Cerita



Ibu, bercerita pada aku, boleh?” Anak kecil memandang ibunya

Boleh, cerita apa yang kamu mahu, sayang?” Si Ibu menyoal anak kecil itu sambil tangannya membelai rambut anak kecil itu.

Cerita hari itu. Cerita yang Ibu janji akan sambung bila Ibu datang lagi.

Si Ibu menganggukkan kepala sambil mengukirkan senyuman. Dan berceritalah si Ibu sehingga anak kecil itu tertidur.

Selamat malam sayang. Jaga diri baik-baik. Nanti Ibu datang lagi.” Dikucup dahi anak kecil itu sebelum menghilangkan diri.


Habis!


Thursday 1 August 2013

Permainan



Permainan apa yang kau mahu aku taburkan ke atas kau? 
Permainan sama yang pernah kau taburkan ke atas aku? 
Permainan kau di mana aku akhirnya mengundurkan diri
Sebab penat dengan permainan kau dan mereka.

Jadi, pilih permainan mana satu yang kau mahu.
Permainan yang buat kau tersenyum sampai ke telinga dan di akhirnya kau menangis.
Atau permainan yang buat kita jujur antara satu sama lain.
Pilih sahaja yang mana satu. 




Secret Admire #2

Sampai di rumah Si Gadis selak buku untuk ulangkaji. Senyum. Sudah dijangka, di lapisan terakhir kulit gold yang menutupi coklat, terletaknya nombor telefon Si Secret Admire tersebut. "Hurmmmm... kenapalah lelaki romantik semua taktik sama?"

Nombor telefon Si Jejaka diletakkan di atas rak buku berhadapannya. Sengaja ditayangkan buat tatapan matanya.

Syamsul Azman....
Secret Admire...
Si Gadis geleng kepala, '...aku nak tengok sejauh mana kau berjaya tawan hati aku!'.

Coklat sudah tinggal separuh....
20 Ramadan sudah berlalu....
Tinggal 10 Ramadan sebagai penentu....