Gadis itu comot. Tapi tetap comel. Dengan mata bulat
bersinar macam mata kartun animasi jepun. Rambutnya perang ikal tapi basah
kuyup. Mata yang menawan itu bersinar-sinar merenungnya. Renungan yang
mengkagumkan. Memukau. Asrul terpana sepertinya dijampi.
“ Siapa namamu?” tanyanya sedikit tergagap akibat bius gadis
itu.
“Mutiara” gemersik suara si comot yang comel.
“ Mutiara?” ulang Asrul dengan nada teruja. Unik nama tu di
telinga Asrul. Seunik pemiliknya.
Angguk.
“ kamu memang mutiara yang bersinar..” keluh Asrul perlahan.
Gadis comot yang comel itu tersenyum. Asrul menumbuk dadanya supaya senyap.
Bunyi dup dap yang bising itu hampir membuat jantungnya pecah.
“ ah… ya. Saya Asrul. Nelayan. Ini bot saya.. kamu buat apa
di sini?” tanya Asrul. Bukan marah jauh sekali menghalau. Cuma ingin tahu.
Gadis itu bertenggek di atas botnya sambil merendam kakinya ke dalam dingin air
laut yang menusuk ke tulang.
“ Saya lari dari rumah..”
“Hah?!” Asrul tersentak.
“ Tapi kenapa..?” tanya Asrul masih berusaha menahan rasa
terkejutnya.
“ Kerana cinta..” Kata Mutiara dengan nada sayu. Matanya
bergenang mutiara jernih yang hangat bergelar airmata.
“ Lari dengan kekasih? Di mana dia..?” Mahu saja Asrul marah
pada sang kekasih itu. Mensia-siakan gadis yang di depannya ini, gadis yang
membuat jantungnya berlari laju tanpa perlu berlari laju. Mutiara mengeleng.
Asrul bingung.
“ Cintaku terhalang…
kerana kami dari dunia yang berbeza” perih nadanya. Asrul rasa dadanya
turut terasa ngilu mendengar keperihan itu.
“ Jadi apa rancanganmu..” Tanya Asrul ingin tahu. Mutiara
angkat bahu. Melirik ke arah Asrul sekilas dengan mata menawannya. Sekali lagi
Asrul merasa jantungnya meronta sepertinya tidak cukup udara. Mahu saja
diculiknya gadis comel itu lalu dibawa pulang untuk dibuat isteri. Tapi dia
bukan serakah orangnya. Mana mungkin gadis comel itu layak diperlakukan
sebegitu olehnya.
“Kalau kamu mahu.. kamu boleh menumpang di rumah saya” Tawar
Asrul sopan.
“ ah?! Benar..?” Tanya Mutiara terharu.
“ Benar.. kau boleh tinggal di rumah saya selama mana yang
kau mahu hingga kau ada rancangan lain untuk hidupmu nanti..” Kata Asrul lagi.
Tanpa berfikir panjang.
“ Kau sungguh baik..” Puji Mutiara dengan sinar mata yang
terharu.
“ Ah.. saya iklas membantu..” Jelas Asrul gembira kerana
Mutiara sepertinya mahu menerima tawarannya.
“ Tapi.. saya ada satu masalah lagi..” Kata Mutiara membuat
Asrul berkerut.
“ Masalah…?”
Angguk.
“ Apa dia?” Mutiara tidak menyahut tapi menghulurkan tangan
cantiknya ke arah Asrul. Asrul mendekat. Mencapai huluran tangan Mutiara.
Tangan itu sejuk seperti ais batu.
“ Lihat sini…” Mutiara menunjuk ke arah kakinya yang
berendam di dalam air. Mulut Asrul terlompong. Dia mengosok matanya
berkali-kali. Mimpikah ini? Ia berkilau-kilau dan cantik. Meliuk-liuk mengikut
pukulan ombak yang lembut. Menawan.
“Mutiara.. Kau..kau.. Duyung!?” tergagap Asrul bersuara.
Mutiara tidak menyahut. Hanya melibas-libaskan ekornya hingga air laut memercik
ke permukaan. Membasahi wajah Asrul. Cukup sebagai bukti itu bukannya mimpi.
Asrul masih cuba menafsirkan realiti dengan fantasi. Tapi mata mengoda Mutiara
terus meragut semua kecelaruan yang hampir membuatnya gila. Dia sanggup gila
untuk Mutiara. Apa salahnya.
“ Boleh aku jadi isterimu..?” Tanya Mutiara. Umpama bulan
jatuh ke riba. Asrul mengangguk laju.
“ Kau tak kisah..?” Tanya Mutiara lagi. Asrul mengangguk.
“ Kenapa?” Tanya Mutiara ingin tahu.
“ mungkin kerana cinta itu buta..”
P/S : Dulu ia bertajuk MUTIARA
Cinta bukan buta. Hanya orang yang sedang mengalami perasaan cinta itu yang menjadi buta.
ReplyDeleteMungkin juga begitu
ReplyDeleteNA
Bestnyaa... Terpukau aku bca.... Genre fantasy.. Aku x sangka ia citer ikan duyung. Weeeeee
ReplyDeleteBidadari syurga