Hebatnya kejayaan kita kini, adalah kerana berkat ibu-bapa, yang tidak putus-putus, mendoakan kita usai solatnya dengan penuh istiqamah. Jangan lupa tu..?
Thursday, 28 August 2014
Tuesday, 26 August 2014
Friendzone
“Tengah fikir kau ni sebenarnya ada feeling kat kawan sendiri ke tidak.”
“Kenapa?”
“Kenapa kau asyik kecil hati dengan dia? Sebelum ni mana ada.”
Aku telan air iur. Soalan itu aku biarkan saja sambil mata masih lagi pada FB
“See!” Farah bersuara lagi. “Kau stalk FB dia lagi. Kata nak move on.”
Aku mengeluh.
“Kau suka dia kan?”
“Tak!”
“Betul?” Farah soal lagi. Kali ini dengan senyuman.
Aku mencebik. Bahu dijungkit.
“Apa kata kau luahkan pada dia?”
Aku geleng.
“Kenapa?
“Aku tak nak hilang dia sebagai seorang kawan.”
“Dan biarkan kau kecewa?”
Aku jungkit bahu. Yang aku tahu, apa yang dah ditakdirkan jadi milik aku, ALLAH tak akan benarkan ia jadi milik orang lain.
-Tamat-
Subscribe to:
Posts (Atom)