Sunday, 1 June 2014

Hujung Jalan



Dulu masa aku jumpa kamu
Aku memang ada rasa dengan kamu
Tapi ...
Langkah aku masih jauh
Jalan aku masih panjang
Aku pasti akan jumpa..
Yang lainnya selain kamu..


Tapi hampir sampai ke hujung jalan yang panjang..
Aku masih ingat dengan kamu...
Rasa yang itu tidak ada yang sama..
Sepanjang jalan yang aku lalui..


Ya.. aku habiskan banyak waktu..
Menyusuri jalan yang panjang..
Mencari yang sebenarnya sudah aku jumpa..
Di langkah awal di hadapan kamu..


Aku tinggalkan bunga cantik
Di awal jalan...kerana yakin
Ada banyak lagi bunga cantik di hadapan..
Hingga ke hujung padang.. aku tidak menemui apa-apa..
Kecuali kekesalan..

1 comment:

  1. Menyesal pun tiada guna. Mungkin ada yang cantik tidak kamu sedari. Ada. Tentu ada satu untuk kamu walau bukan dengan dia. :)

    ReplyDelete