Sunday, 13 April 2014

Aku, Kau Dan hujan



Bila hujan aku akan ingat kau
Kerna kau pernah kata padaku..
Kau suka melihat tangisan sang awan..
Kau kata tangisan awan itu rahmat dari Nya
Kau kata bunyi hujan atas atap..
Mengasyikan.. kalau tidur lebih terasa enak
Ah.. kau memang ada-ada saja.
Tapi kau tak tahu..
Bila hujan..
Hati aku rasa mahu hujan
Sebab titis tangisan awan dari langit
Gugur - banjir dalam hati aku..
Kerna hujan buat aku ingat..
Tentang kau..
Dan kau..
Yang 'jelma' dalam hujan
Hambat aku dengan rindu yang
Masih tak padam-padam

2 comments:

  1. puisi yang menyentuh hati..
    kalau rindu pelu berjumpa, baru terubat rasa rindumu itu pada dirinya...:)

    ReplyDelete
  2. I am truly thankful to the holder of this web
    site who has shared this impressive article at at this place.


    my homepage whatsapp pc

    ReplyDelete