“Ada seorang perempuan yang aku suka,” Dia mula berbicara.
Dan aku ‘mendengar’ dengan penuh teliti.
“She’s…” Ayatnya terhenti di situ.
“Kenapa?” Aku soal dia. Dia tunjukkan symbol senyum sebelum
meneruskan perbualan.
“She’s never know my feeling.”
“Tak pernah confess?” Aku soal dia lagi.
Sekali lagi dia tunjukkan symbol senyum. “Never.”
“Why?”
“Because I’m sick. Ajal sedang menanti aku.”
“Maksud?”
Simbol senyum ditunjukkan sekali lagi. Dia tidak menjawab
soalan aku itu.
“Aku tak nak beri harapan palsu pada dia.”
“Macam mana kau berkenalan dengan dia?”
“Alam maya. Sama macam kau.”
“Dan kau jatuh hati dengan dia tanpa kau lihat muka dia?”
Aku soal dia.
Dia tunjukkan symbol senyum. “Sama macam kau bukan? Kau
jatuh hati dengan aku bukan?”
Aku senyum sinis. “Aku tak pernah jatuh hati dengan kau.”
“Really? Those status?”
“It wasn’t aimed for you.”
“Pasti?”
“Yup.”
Dia tunjukkan sekali lagi symbol senyum. “Aku tahu kau suka
aku, but aku tak boleh nak suka kau…”
Aku telan air liur. Mungkin sedikit kecewa. “So, apa yang
buatkan kau suka pada perempuan tu tadi?” Aku tukar topic perbualan.
“You never meet her..” Aku menambah lagi.
“Aku pernah. Tapi dia je yang tak pernah sedar kehadiran aku
masa tu. She didn’t recognize me..”
“Oh…” Itu saja yang mampu aku katakan ketika itu. Sedikit
kecewa. Hampir 1 jam berbual perkara yang bodoh, perbualan kami ditamatkan.
%%%%%%%%%%%%%%%
“What a stupid girl
you are.” Senyuman sinis terukir. Tablet diletakkan di atas meja. Dia
teringatkan perbualan di Facebook tadi. Jerat sudah mengena. Kalaulah budak
perempuan yang dia chat tadi tahu hal yang sebenar bahawasanya yang berbual
dengannya bukannya lelaki sepertimana tertulis di facebook profilenya tapi
adalah seorang perempuan. Di sebalik identity facebook lelaki itu adalah
seorang perempuan. Yang mana adalah dirinya.
Habis!
pinksan...ingat dengan siri Catfish kat mtv
ReplyDelete:)
ReplyDeleteAdakalanya ia tegar kekal di maya sahaja.
nice one!
Sudah tak ada kerja baik nak buat..
ReplyDeleteNA