Dia tanya aku lagi. “Kenapa awak boleh suka saya?” Aku diam
sambil mengukirkan senyuman sahaja pada dia. Dia pandang aku, mungkin
mengharapkan aku akan jawab soalannya yang ini.
“Saya suka awak macam saya suka buku.” Itu saja jawapan yang aku
berikan. Dia pandang aku dengan hairan tapi dia tetap ukirkan senyuman. Aku
suka tengok senyuman dia. Mungkin sahaja sebab kedua aku jatuh cinta dengan
dia, adalah senyuman dia. Yaaa… aku suka lihat dia tersenyum. Senyuman dia
mampu buat hari aku indah.
Beberapa minggu kemudian, dia
hulurkan aku sejambak bunga ros merah. Aku pandang dia dengan hairan. Dia tahu
aku tak suka bunga. Jadi, apa tujuan dia berikan bunga pada aku?
“Saya suka awak…,” dia bersuara. Aku diam saja. Menanti ayat yang
seterusnya keluar dari mulutnya. “…
macam saya suka bunga.”
Aku senyum sahaja mendengar
ayatnya yang itu. Yaa.. aku tahu. dia suka alam semulajadi. Dia suka tumbuhan.
Aku anggukkan kepala dengan senyuman tapi aku masih tidak menyambut huluran
jambangan bunga itu. Dia masih menghulurkan itu pada aku, tapi aku gelengkan
kepala.
“Terimalah bunga ni,” dia merayu. Aku hanya mengukirkan senyuman
sambil menggelengkan kepala. Dia
mencebik. Aku tahu dia kecewa. Akhirnya aku capai sekuntum ros dari
banyak-banyak kuntum yang ada di jambangan itu. Dia pandang lagi aku dengan
hairan.
“Saya ambil satu je la.” Aku bersuara.
“Kenapa?” dia menyoal. Aku ukirkan senyuman sambil menghulurkan
bunga yang aku ambil dari jambangan kepadanya. Dia memandang aku dengan hairan.
“Ini untuk awak,” Aku bersuara tanpa menghiraukan pandangan dia.
Perlahan-lahan dia ukirkan senyuman sebelum mengambil bunga itu dari tangan
aku. Aku senyum.
“Dan bunga ni?” Dia bersuara sambil memandang jambangan bunga di
tangannya. Aku geleng kepala. Tak mahu terima bunga itu. Dia matikan senyumannya.
“Simpan sahaja bunga-bunga ni. Awak mungkin perlukannya satu hari nanti,”
Dia bersuara lagi. Aku senyum lagi.
“Sebab?” Aku soal dia.
“Sebab… bila awak tengok bunga ni, awak akan ingat saya.” Aku senyum
sahaja dengan ayatnya. Tapi aku tetap tak mahu terima bunga itu.
“Tak apa. Saya ada buku…” Aku keluarkan buku dari beg aku. Dia
pandang aku lagi. “Bila saya baca buku,
saya akan ingat awak.” Aku lihat dia senyum. Mungkin memahami apa yang
ingin aku sampaikan.
“Jadi.. saya akan simpankan bunga ini. Dan bila awak mahu, beritahu saja,”
dia bersuara. Aku senyum saja sebab aku tahu, aku tak akan pernah meminta dia
berikan aku bunga. Tak akan. Sebab aku tahu, aku suka dia sebagaimana aku suka
buku. Dan bunga, bukan minat aku. Cukup sahaja ada buku yang mampu buat aku
tersenyum walau bunga itu mungkin lagi kelihatan menawan berbanding buku.
Habis!
p/s--- menamatkan rasa sweet. Sekian.
Baca ini... aku terus mahu membeli buku.... ya buku lagi.
ReplyDeleteAku pun. Tapi buku yg ak mahu tu ada halangan umntuk sampai ke tangan aku. Wuuuu
DeleteReen, aku siap nangis2 baca buku yg baru aku beli kemarin.. hahahaha...
ReplyDeleteBuku apa yang kau baca? Hebat ada buku yang mampu buat kau nangis. Errr
Delete