Masa aku jadi vampire dulu, aku
pernah gigit seorang lelaki. Lelaki kacak mungkin. Entah, aku tak perasan tapi
kawan-kawan aku yang sama jenis dengan aku kata dia kacak. Ah... ada aku
penduli. Yang penting malam tu aku memang terkena panahan cinta pandang pertama.
Yaaa… cinta pandang pertama.
Tiap-tiap malam aku usha dia dari
bumbung bangunan tinggi tu. Berkali-kali dilihat, tetiba pulak aku yakin yang
dia itu kacak sebagaimana kawan aku pernah kata. Lagi kacak dari Edward Cullen
tu. Oh… itu bila bulan mengambang sahaja. Bila bulan tak mengambang, aku rasa
dia biasa-biasa aje.
Malam yang aku gigit dia, adalah
malam terakhir aku jadi vampire. Mungkin. Aku sendiri tidak ingat. Darah dia,
ya ampun, sungguh menyelerakan. Rasanya ketika itu, mahu sahaja aku sedut darah
dia sehingga habis, tapi ah, tentunya aku tak sampai hati. Jangan tanya aku
kenapa aku sanggup gigit orang yang aku sayang. Mungkin gigit itu tanda aku
sayang dia. Mungkin. Dan jangan tanya tujuan aku gigit dia, aku sendiri tiada
jawapan. Dan ah, tentunya aku tidak biarkan dia mati. Diingatkan sekali lagi,
ini kisah aku ketika jadi vampire.
Selepas kejadian itu, aku bertemu
dengan seorang ahli sihir. Dia mahu sesuatu dari aku, maka aku berikan sahaja
apa si ahli sihir itu mahu. Apakah perempuan sihir itu mahu? Oh, itu tidak
boleh dikatakan di sini. Itu rahsia aku. Haha. Dan sebagai balasan, si ahli
sihir itu menukar aku kepada manusia biasa. Dan sekarang aku di sini, menulis
ini untuk kamu baca.
Dan sekarang, aku tertanya-tanya
bagaimana keadaan lelaki itu sekarang, adakah sudah jatuh hati pada aku? Adakah
sudah punya perasaan pada aku? Kamu rasa perlu tak aku jenguk dia lagi?