Tuesday, 13 October 2015
I want you more than you know!
Mahukan kamu..
sangat-sangat!
Tapi juga tidak!
keliru?
ya sungguh!
aku mahukan kamu
terlalu..
Tetapi juga tidak!
tidak..tidak..tidak..
tidak mungkin..
tidak bisa..
tidak boleh
tidak akan..
arghhhh!
apa sebenarnya?!
entah...
Sudah.. sudah.. keluar kamu dari kepala ku!
bodoh.. gila! pergi..
jangan ganggu hidup ku!
*tepuk dahi berkali-kali
Bangun.. bangun!
jangan mimpi lagi!
Tapi benar.. aku mahu kamu
siang malam aku ingat kamu..
Tapi betul..
aku mabuk tentang kamu..
mengarut betul!
*gigit bibir.. ada air mata bergenang
Aku janji aku akan sembuh..
penyakit ni sukar nak sembuh..
demam ni dah makin menjadi-jadi.. tahu!
arghhhh... jangan mengarut lagi.
cepat balik ke bumi. jangan asyik duk atas awangan sana..
Tapi betul...
aku mahukan dia!!
soalnya... dia mahukan aku?
*angguk
Tipu.........
-he said.. I want you more than you know
Tipu......
Tapi aku rela kena tipu kamu...
*nangis
bodoh..dunggu..!!
Janji
Aku baik-baik saja
jangan risau..
semuanya baik-baik saja..
Mimpi tentang kamu..
yang indah dan manis-manis..
buat aku terus kuat melangkah
ke depan.. hidup.. bernafas...
tersenyum.. tertawa..
kerna pahit yang ada di sekitarku..
selalu kalah bila saja aku ingat kamu..
kamu itu api.. yang buat aku selalu hangat..
bila saja hidupku mula dingin membeku..
haru membiru..
Dan hitam suram dalam hatiku..
selalu bercahaya kerna kamu.. tahu!?
Rindu pada kamu..
aku simpan kemas-kemas..
tekan dalam-dalam..
sebab aku sudah janji,
Aku simpan kamu..
dalam hatiku....
kamu juga baik-baik saja kan?
Saturday, 27 June 2015
Rabak
Bila kau ada satu hati yang penuh dengan luka-luka sejak kecil.
Luka-luka itu tidak pernah sembuh, malah makin saja membesar dan bertambah sejajar dengan usia kau.
Dan sehinggalah satu saat kau sedar, kehidupan kau selama ini hanyalah sia-sia saja.
Mungkin saja kau ditakdirkan hidup keseorangan.
Hati-hati mulakan kehidupan baru.
Friday, 5 June 2015
#1: Z
"Hai. Nama aku... mungkin saja kau boleh panggil aku Z. Jantina aku? Biarkan ia menjadi rahsia sebagai permulaan. Dan aku yakin di beberapa entri seterusnya kau akan tahu siapa aku sebenarnya Jantina aku dan mengapa aku tulis ini.Dan juga mengapa kau masih mahu baca ini."
Asap nikotin disedut untuk kali terakhir sebelum puntung rokok itu dilempar ke luar jendela. iPhone 6 miliknya dikerling sekilas lalu sebelum matanya menghadap kembali skrin MacBook. Senyuman sinis terukir di hujung.
Z? Apa kuno nama pena. Kalau penulis blog dihadapannya ini adalah Z, makanya dia adalah Y. Y dan Z. Dia ketawa sendirian. Mungkin bagi manusia lain itu tidak kelakar tapi baginya ia kelakar. Ah, penduli apa dia dengan pandangan manusia lain. Itu hidupnya dan dia tidak perlukan semua itu.
Kedengaran rengekan wanita. Dia pandang pula katil di hadapannya. Seorang wanita yang dibaluti selimut tebal sedang lena dibuai mimpi. Dia senyum lagi sebab disebalik selimut tebal itu adalah tubuh wanita tanpa seurat benang.
Dia mengeluh. Dia mahukan sesuatu yang lebih dari apa yang dia dan wanita itu lakukan beberapa jam yang lalu. Dia mahukan sesuatu yang lebih dari asap nikotin yang disedutnya sebentar tadi.
Akhirnya dia bangun, kembali melangkah ke arah katil. Kembali melabuhkan diri di sebelah wanita itu. Senyuman terukir saat wanita itu membuka mata dan mengukirkan senyuman padanya dalam keadaan mamai. Katil kembali bergegar, membawa segala keresahannya hilang malam itu.
Sunday, 31 May 2015
Rindu
"Orang tetua dulu cakap kalau kita asyik mimpikan someone tu, kiranya orang tu rindu kita. Tapi kes aku ini, aku asyik mimpikan orang sama.
Jadi, aku syak aku rindu someone itu bukan someone itu yang rindukan aku.
Jadi, aku harap someone baca post aku ini dan tahu aku rindu dia tapi aku tak berani nak luahkan.
Sekian." -Miss Dark-
Aku senyum seusai baca entri ringkas dari blogger yang menggunakan nama pena Miss Dark. Jujur, aku tidak tahu pada siapa dia tujukan tapi aku mahu perasan yang dia rindu aku sebenarnya. Boleh?
Oh, siapa aku? Seorang lelaki yang punya perasaan pada blogger Miss Dark.
Sunday, 24 May 2015
Sedih
Ada satu manusia yang bila masa dia sedih, dia cuma akan lakukan dua perkara saja.
1. Menangis.
2. Senyum palsu selepas menangis.
Jadi, kamu yang mana satu?
Thursday, 30 April 2015
Ohh Kamu!
Macam buku yang terlalu menarik.
Itu kamu..
bagi aku
aku ketagih
mahu baca lagi
dan lagi
hingga aku puas..
hingga aku senyum puas
Aku mahu jelajahi kisah kamu
Aku mahu terokai diri kamu
sisi manis kamu
sisi pahit kamu
sisi jahat kamu
semuanya aku mahu tahu
Auch!
Kamu adakalanya sukar dijangka
kamu ada masanya 'gigit' tak terduga
sungguh menarik!
Aku semakin tergoda
kamu banyak rahsia
kamu banyak hal yang tersembunyi
yang buat aku rasa seronok mengalinya..
lebih dalam tentang kamu..
lebih lagi... semuanya!
Ah... tanpa sedar aku sudah 'masuk'
terlalu jauh dalam dunia kamu...
tanpa sedar aku terperangkap dalam dunia kamu..
terlalu asyik mahu membaca kamu
terlalu asyik mengejar kamu
Terhanyut dengan rasa ingin tahu..
dan kamu sudah 'tangkap' aku!!
Hei kamu..
tolong lepaskan aku!
Kamu senyum saja..
senyum menang..
ah.. umpan kena akulah yang mangsa!
Terkebil memandang kamu..
dengan harapan kamu akan lepaskan aku
Tapi senyuman kamu itu...
Terkedu!
Kerana baru aku sedari..
makna senyuman kamu itu..
" Kamu milik aku!"
# ada jalan keluar tak?
Subscribe to:
Posts (Atom)