Tuesday 30 July 2013

Secret Admire

Si Jejaka capai sehelai kertas...
Cadbury Blackforest paling besar disertakan sekali...
Lalu diselitkan ke dalam beg sandang si gadis sambil menahan rasa kembang di hati.

Awak... Kita buka puasa sama jom...? Ooopsss. Coklat tu kita makan sesama ya...? Itupun kalau sudilah... ~secret admire~

Si Gadis senyum lebar.... 'alahai... Sweetnyaaa awak ni...'

Curi




Awak dah tak boleh cuba curi hati saya lagi, sebab hati saya dah dicuri oleh orang lain. Bila dia pulangkan hati saya,baru saya cuba untuk beri awak peluang itu. Itupun kalau hati saya mahu dicuri oleh awak.

Saturday 27 July 2013

Pintu.




Ibu, boleh benarkan aku ikut kamu?

Belum tiba masanya lagi, sayang.” Diusap kepala anak kecil itu.

Tapi aku dah tak sanggup untuk hidup sebegini.” Air mata anak kecil itu jatuh lagi.

Sayang… sabar sahaja yang ibu mampu katakan pada kamu. Perjalanan kamu masih jauh. Dan apa yang kamu alami ini hanyalah sementara sahaja. Yakin dengan ketentuan DIA.” Dikesat air mata anak kecil itu sebelum memimpinnya ke satu pintu.

Pintu itu dibuka. Anak kecil itu hanya memandang kosong apa yang ada di sebalik pintu. Dipandangnya wajah ibunya. Wanita itu hanya tersenyum memandangnya.

Pergi sayang… tempat kamu di situ. Itu dunia kamu.

Anak kecil itu menggelengkan kepala. Dipegang erat tangan ibunya.

Sayang…” Dipujuk anak kecilnya. Diusap lagi kepala anak kecil itu.

Ibu tak akan tinggalkan aku bukan?” Anak kecil itu melihat ibunya menggelengkan kepala sambil mengukirkan senyuman.

Ibu akan selalu berada di sini.” Tangannya diletakkan di dada anak kecil itu.

Adik… mari kita pergi,”kedengaran suara seorang lelaki. Anak kecil itu memandang kedua-dua lelaki dan wanita di hadapannya silih berganti. Lelaki itu menghulurkan tangan padanya.

Pergi sayang. Ikut Abang. Dia akan bawa kamu ke dunia kamu.

Anak kecil itu memandang abangnya yang masih dengan huluran tangannya dan ibunya yang masih tersenyum.  Akhirnya dia menyambut huluran tangan abangnya.

Jaga diri baik-baik sayang. Ibu sayang kamu.” Diusap sekali lagi kepala anak kecil itu sebelum mengucup dahinya.

Dan dalam perjalanan menuju ke pintu satu lagi….

KEnapa adik tak boleh tinggal bersama ibu?” Anak kecil itu hanya melihat abangnya mengukirkan senyuman.

Sebab belum tiba masanya lagi.

Dan biarkan adik seorang diri di dunia itu?

Adik tak pernah keseorangan. Abang selalu ada. Selalu jaga adik dari jauh. Dan DIA selalu ada untuk adik. Jangan pernah ingat adik keseorangan di dunia itu.

Tapi abang tak selalu ada…” Anak kecil itu memandang ke bawah. Air matanya mahu jatuh lagi tapi abangnya sempat mengesat air matanya sambil mengukirkan senyuman.

Abang tak boleh selalu memunculkan diri untuk adik. Dunia kita berbeza. Apa yang abang buat ini untuk kebaikan adik. Abang mahu adik jenguk dunia adik, punya kawan ramai…

Tapi mereka lukakan hati adik…” Anak kecil itu hanya melihat abangnya mengukirkan senyuman sekali lagi.

Tapi adik kuat bukan? Dari saat ibu dibawa pergi dari adik, abang tahu adik kuat. Adik cukup kuat untuk hadapi ujian yang DIA berikan pada adik.

 “Tapi…” Anak kecil itu mahu berkata lagi tapi belum sempat dia berbuat sedemikian, abangnya telah memotong.

Yakin dan percaya dengan ketentuan DIA. DIA tahu apa yang terbaik untuk adik. Percayalah, kesakitan yang adik alami itu hanya sementara sahaja.

Anak kecil itu hanya mampu menganggukkan kepalanya.

Adik kena kuat. Kena banyak bersabar. Setiap ujian yang DIA turunkan pada adik, ada hikmahnya. Jangan pernah lupa DIA. Itu saja yang penting.

Anak kecil itu menganggukkan kepala sekali lagi.

Kita dah sampai…” Anak kecil itu memandang pemandangan yang ada di sebalik pintu kedua. Dunia dia. Dia sudah tiba di dunianya.

Ini dunia adik. Pergilah. Jangan risau. Abang akan selalu ada untuk adik. Adik tahu bukan bagaimana mahu berbicara dengan abang bukan?

Anak kecil itu hanya menganggukkan kepala. Tangan abangnya dilepaskan sebelum kakinya melangkah masuk ke dunianya. Dia menghayunkan kakinya tanpa mengetahui ke mana sebenarnya dia akan tuju. Sehinggalah dia memasuki lorong yang bercahaya itu….

Matanya terbuka. Pipinya basah. Ah… dia hanya bermimpi rupanya.


Habis!


Friday 19 July 2013

Epal




"Antara epal merah dan epal hijau, yang mana awak akan pilih?"
"Epal hijau."
"Kenapa epal hijau?"
"Sebab epal hijau itu awak."

Si gadis hanya tersenyum sambil menghulurkan epal hijau pada jejaka. 



Wednesday 17 July 2013

Madu




Madu saya tak manis, tapi pahit macam hempedu, awak masih mahu rasa ia lagi?

Penat

Dalam banyak kata-kata yang pernah aku lontarkan, kesalku cuma satu... Di akhir kata-kata yang berbaur positif terpalit satu ketepatan dariku tiada bernilai sedikitpun kerana yang sempurna perancangan itu datangNya dari DIA, segalaNya milik DIA, dan aku hanya perlu lihat, perlu belajar, mesti selalu fokus, lalu cuba fahami setiap yang diperlihatkan padaku apa gunaNya

Terima kasih ujian...
Aku faham sekarang...

Monday 15 July 2013

Api


Jangan dicabar api yang kecil, sebab satu hari nanti ia akan marak dan membakar kamu sehingga mati. Jadi, hati-hati dengan kata-kata kamu itu.

Sunday 14 July 2013

Cinta Itu Buta



Gadis itu comot. Tapi tetap comel. Dengan mata bulat bersinar macam mata kartun animasi jepun. Rambutnya perang ikal tapi basah kuyup. Mata yang menawan itu bersinar-sinar merenungnya. Renungan yang mengkagumkan. Memukau. Asrul terpana sepertinya dijampi.

“ Siapa namamu?” tanyanya sedikit tergagap akibat bius gadis itu.

“Mutiara” gemersik suara si comot yang comel.

“ Mutiara?” ulang Asrul dengan nada teruja. Unik nama tu di telinga Asrul. Seunik pemiliknya.

Angguk.

“ kamu memang mutiara yang bersinar..” keluh Asrul perlahan. Gadis comot yang comel itu tersenyum. Asrul menumbuk dadanya supaya senyap. Bunyi dup dap yang bising itu hampir membuat jantungnya pecah.

“ ah… ya. Saya Asrul. Nelayan. Ini bot saya.. kamu buat apa di sini?” tanya Asrul. Bukan marah jauh sekali menghalau. Cuma ingin tahu. Gadis itu bertenggek di atas botnya sambil merendam kakinya ke dalam dingin air laut yang menusuk ke tulang.

“ Saya lari dari rumah..”

“Hah?!” Asrul tersentak.

“ Tapi kenapa..?” tanya Asrul masih berusaha menahan rasa terkejutnya.

“ Kerana cinta..” Kata Mutiara dengan nada sayu. Matanya bergenang mutiara jernih yang hangat bergelar airmata.

“ Lari dengan kekasih? Di mana dia..?” Mahu saja Asrul marah pada sang kekasih itu. Mensia-siakan gadis yang di depannya ini, gadis yang membuat jantungnya berlari laju tanpa perlu berlari laju. Mutiara mengeleng. Asrul bingung.

“ Cintaku terhalang…  kerana kami dari dunia yang berbeza” perih nadanya. Asrul rasa dadanya turut terasa ngilu mendengar keperihan itu.

“ Jadi apa rancanganmu..” Tanya Asrul ingin tahu. Mutiara angkat bahu. Melirik ke arah Asrul sekilas dengan mata menawannya. Sekali lagi Asrul merasa jantungnya meronta sepertinya tidak cukup udara. Mahu saja diculiknya gadis comel itu lalu dibawa pulang untuk dibuat isteri. Tapi dia bukan serakah orangnya. Mana mungkin gadis comel itu layak diperlakukan sebegitu olehnya.

“Kalau kamu mahu.. kamu boleh menumpang di rumah saya” Tawar Asrul sopan.

“ ah?! Benar..?” Tanya Mutiara terharu.

“ Benar.. kau boleh tinggal di rumah saya selama mana yang kau mahu hingga kau ada rancangan lain untuk hidupmu nanti..” Kata Asrul lagi. Tanpa berfikir panjang.

“ Kau sungguh baik..” Puji Mutiara dengan sinar mata yang terharu.

“ Ah.. saya iklas membantu..” Jelas Asrul gembira kerana Mutiara sepertinya mahu menerima tawarannya.

“ Tapi.. saya ada satu masalah lagi..” Kata Mutiara membuat Asrul berkerut.

“ Masalah…?”

Angguk.

“ Apa dia?” Mutiara tidak menyahut tapi menghulurkan tangan cantiknya ke arah Asrul. Asrul mendekat. Mencapai huluran tangan Mutiara. Tangan itu sejuk seperti ais batu.

“ Lihat sini…” Mutiara menunjuk ke arah kakinya yang berendam di dalam air. Mulut Asrul terlompong. Dia mengosok matanya berkali-kali. Mimpikah ini? Ia berkilau-kilau dan cantik. Meliuk-liuk mengikut pukulan ombak yang lembut. Menawan.

“Mutiara.. Kau..kau.. Duyung!?” tergagap Asrul bersuara. Mutiara tidak menyahut. Hanya melibas-libaskan ekornya hingga air laut memercik ke permukaan. Membasahi wajah Asrul. Cukup sebagai bukti itu bukannya mimpi. Asrul masih cuba menafsirkan realiti dengan fantasi. Tapi mata mengoda Mutiara terus meragut semua kecelaruan yang hampir membuatnya gila. Dia sanggup gila untuk Mutiara. Apa salahnya.

“ Boleh aku jadi isterimu..?” Tanya Mutiara. Umpama bulan jatuh ke riba. Asrul mengangguk laju.

“ Kau tak kisah..?” Tanya Mutiara lagi. Asrul mengangguk.

“ Kenapa?” Tanya Mutiara ingin tahu.

“ mungkin kerana cinta itu buta..”

 

 

P/S : Dulu ia bertajuk MUTIARA

Thursday 4 July 2013

Dark Side



Kalau aku tunjukkan diri aku yang satu lagi, mahukah kamu terus kekal bersama aku? Fikir baik-baik. Nanti kamu akan menyesal.

Tuesday 2 July 2013

Abang




Kenapa mesti Mama selalu sayang abang lebih? Kenapa dia? Adik ni bukan anak Mama dan Papa juga ke?” Aku pernah ingat soalan yang aku lontarkan pada Mama. Dan jawapan Mama…

Adik… abang kan sakit.”

 Itu je jawapan Mama. Aku lihat abang bukannya sakit pun. Boleh saja berjalan dan keluar dengan kawan-kawannya. Cis! Ini tidak adil. Sehari suntuk aku merajuk sebab Mama tak mahu belikan aiskrim perisa coklat kegemaran aku ketika itu. Mama belikan aiskrim perisa Vanilla kesukaan abang. Mama memang pilih kasih! Tapi selepas itu, abang akan belikan aiskrim perisa coklat kegemaran aku dan kami baik seperti biasa.

Abang dengan aku tak ada beza umur. Cuma beza beberapa minit saja. Dia abang sebab dia keluar dulu dari aku. Yaa… kami kembar, tapi kembar berlawanan jantina. Dan tentunya berbeza perangai. Ketika kami masih kecil, orang akan beri perhatian yang lebih pada abang. Orang selalu bandingkan aku dengan abang. Abang itulah, abang inilah. Sampai aku naik muak dan menyampah dengan abang. Tapi abang tetap sayang aku dan tak pernah membenci aku sebagaimana aku pernah membenci dia.

Bila aku keluar dengan abang, abang akan pegang tangan aku. Abang selalu temankan aku ke mana saja aku pergi walau aku tidak minta. Walaupun ketika itu kami sudah berusia belasan tahun. Dan orang akan ingat aku adalah kekasih abang padahal kami adalah adik beradik. Dan mulalah orang akan bercakap perbezaan ketidak-cantikan aku dengan kekacakan abang.

Yaaa… abang kacak dan sopan santun. Itu pujian yang selalu orang berikan pada abang. Mana-mana abang pergi, akan ada gadis yang pandang abang sampai tak berkelip mata. Kacak sangatkah abang? Bagi aku biasa sahaja kecuali abang itu terlampau caring. Dan itu menjengkelkan aku. Aku tak suka dengan perhatian yang abang berikan pada aku. Aku tak suka dengan perhatian yang orang berikan pada abang. Dalam erti kata lain, aku tak suka abang.

 “Janganlah pegang tangan adik!” Aku pernah tepis tangan dia masa dia mahu pegang tangan aku. Dan dia balas, “Adik kan comel. Abang takut ada orang akan culik adik dari abang.”  Dan kemudian aku balas, “Pergi matilah!

Aku tak sedar jawapan aku yang itu telah buat abang terluka. Memang la aku tak sedar, sebab sejurus aku ucap ayat itu, terus aku tinggalkan abang terkontang kanting di pusat membeli belah seorang diri. Aku pulang dengan teksi. Padan muka dia!

Bila abang tak turun makan malam hari itu, Mama membawa masuk makanan ke bilik abang. Aku? Mama suruh aku pada permulaannya, tapi aku enggan. Malas! Dan dari situ Mama tahu aku telah katakan sesuatu yang buat abang terluka. Pada mulanya, aku ingat abang telah memburukkan aku dihadapan Mama, rupanya tak. Katanya Mama, tak ada orang yang boleh buat abang terluka melainkan aku. Nampaknya Mama tahu setiap perangai anaknya. Tapi aku masih tak suka abang.

Bila aku dah matang, baru aku sedar hal sebenar. Bila Mama cakap abang sakit, abang benar-benar sakit. Aku ingatkan sebab Mama sayangkan abang lebih, jadi Mama gunakan alasan itu untuk aku mengalah dengan abang. Aku pernah lihat abang dimasukkan hospital tiba-tiba. Rupaya hidup abang singkat. Lagi singkat dari aku sebab penyakit yang dialami abang. Rasa macam tak adil sebab aku dan dia kembar tapi dia yang akan ‘pergi’ dulu dari aku. Dari situ, aku mula sayang abang, mula bertolak ansur dengan abang.

Aku tak tahu apa penyakit abang yang sebenar, sebab abang banyak berahsia dengan aku. Bila aku tanya, dia cuma minta aku jangan risaukan dia. Ah… kata kembar, tapi berahsia antara satu sama lain. Itu yang kadangkala aku berkecil hati dengan dia. Tapi aku tak tunjuk depan dia, tapi abang seolah-olah tahu yang aku sedang berkecil hati dengan dia, terus dia akan belikan aiskrim coklat kegemaran aku. Mungkin sebab kami kembar, itu yang buat abang faham aku. Tapi aku tak pernah tahu apa yang abang fikirkan, kecuali, bila aku tiba-tiba sakit tanpa sebab walau sementara, ketika itulah aku tahu abang sedang menahan sakit dari penyakit yang dia alami.

Dah tiga tahun abang pergi menghadap DIA, tapi aku tak pernah rasa kehilangan dia. Kadang-kadang bila hari hujan, aku akan hulurkan tangan aku ke dalam hujan ibarat abang pegang tangan aku ketika kami keluar. Dan ada ketika abang akan muncul dalam mimpi aku dan kami akan berbual ibarat tiada apa-apa yang berlaku. Seperti masa dulu, cuma yang bezanya, dia sudah menjadi ‘penduduk’ di dunia sebelah sana. Dan aku akan menyusurinya satu hari nanti, dia katakan itu pada aku.