Saturday 29 June 2013

Misteri



Aku suka misteri
Dan kamu itu misteri
Sebab itu aku suka kamu
Misteri itu kamu

Tahu?

Wednesday 26 June 2013

Cemburu


Amira suka Amir. Tapi Amir suka Nadia. Tapi hal sebenar Amir suka Amira. Sengaja dia buat Amira cemburu dengan melayan Nadia berlebihan. Kejam bukan Amir? 

Friday 21 June 2013

Cinta


Kau ada hak untuk mencintai dia tapi dia ada hak untuk tidak membalas cinta kau.

Monday 17 June 2013

Jaga



Aku selalu ada untuk mereka bila mereka perlukan aku
Walau mereka tak selalu ada untuk aku

Sampai satu saat, aku tertanya-tanya
Siapa yang akan ada untuk mereka
Bila aku sudah tak mampu ada untuk mereka

Tuhan,
Boleh aku minta KAU jaga mereka bila aku dah tiada untuk mereka?

Bila satu hari nanti aku pergi menghadap KAU?



Saturday 15 June 2013

Tutup

Aku mula semula dan aku sebal. Tutup segala-galanya...
'Seharusnya bila disuruh berehat...rasanya... DIA lebih tahu upayaku di mana bukan?'

"Wahai sahabat... satu hari nanti aku akan kembali memperkemaskan contengan dan aib, yang dilakukan oleh manusia yang sempurna, dengan pemadam DIA"

Sunday 9 June 2013

Hanyut


Kadangkala aku senyum sinis melihat kehidupan dia
Tak sedarkah dia bahawasanya dia sedang berbahagia di atas kesedihan orang lain
Tak sedarkah dia apa yang dia buat ini akan ada balasan
Tak sedarkah dia apa yang dia ada ini hanyalah sementara sahaja
Tak sedarkah dia?

Yang dia makin lama makin hanyut dengan permainan dunia

Friday 7 June 2013

Sakit





Dia senyum ranum, dari senyumannya aku tahu yang dia sangat gembira, bahagia barangkali. Tentulah.. akhirnya orang yang di sukainya telah membalas cintanya....

Sakit. Aku tak pasti di bahagian mana di jantung aku ni.. tapi ia amat menyakitkan. Teramat sakit...

Mana mungkin kata-kata orang... kita akan gembira bila kita gembirakan hati orang yang kita sayangi... itu dusta! aku cuma rasa sakit saja!!

Lebih sakit lagi aku sedang berpura-pura gembira untuknya... matanya asyik pandang orang lain tak kira berapa lama sudah aku habiskan masa berada di sisinya.

Aku bodoh?

Melihat dia gembira macam itu.. sakitnya seperti aku sedang bunuh diri.

Saturday 1 June 2013

Vampire





Masa aku jadi vampire dulu, aku pernah gigit seorang lelaki. Lelaki kacak mungkin. Entah, aku tak perasan tapi kawan-kawan aku yang sama jenis dengan aku kata dia kacak. Ah... ada aku penduli. Yang penting malam tu aku memang terkena panahan cinta pandang pertama. Yaaa… cinta pandang pertama.

Tiap-tiap malam aku usha dia dari bumbung bangunan tinggi tu. Berkali-kali dilihat, tetiba pulak aku yakin yang dia itu kacak sebagaimana kawan aku pernah kata. Lagi kacak dari Edward Cullen tu. Oh… itu bila bulan mengambang sahaja. Bila bulan tak mengambang, aku rasa dia biasa-biasa aje.

Malam yang aku gigit dia, adalah malam terakhir aku jadi vampire. Mungkin. Aku sendiri tidak ingat. Darah dia, ya ampun, sungguh menyelerakan. Rasanya ketika itu, mahu sahaja aku sedut darah dia sehingga habis, tapi ah, tentunya aku tak sampai hati. Jangan tanya aku kenapa aku sanggup gigit orang yang aku sayang. Mungkin gigit itu tanda aku sayang dia. Mungkin. Dan jangan tanya tujuan aku gigit dia, aku sendiri tiada jawapan. Dan ah, tentunya aku tidak biarkan dia mati. Diingatkan sekali lagi, ini kisah aku ketika jadi vampire.

Selepas kejadian itu, aku bertemu dengan seorang ahli sihir. Dia mahu sesuatu dari aku, maka aku berikan sahaja apa si ahli sihir itu mahu. Apakah perempuan sihir itu mahu? Oh, itu tidak boleh dikatakan di sini. Itu rahsia aku. Haha. Dan sebagai balasan, si ahli sihir itu menukar aku kepada manusia biasa. Dan sekarang aku di sini, menulis ini untuk kamu baca.

Dan sekarang, aku tertanya-tanya bagaimana keadaan lelaki itu sekarang, adakah sudah jatuh hati pada aku? Adakah sudah punya perasaan pada aku? Kamu rasa perlu tak aku jenguk dia lagi?